Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Badan pantau persaingan kaji permohonan Emirates henti khidmat S'pura-Brisbane

Suruhanjaya Persaingan dan Penggguna Singapura, CCCS, menyatakan ia akan meneliti permohonan Emirates bagi menghentikan khidmat penerbangan antara Singapura dengan Brisbane.

Anggaran Waktu Membaca:
Badan pantau persaingan kaji permohonan Emirates henti khidmat S'pura-Brisbane

(Gambar: Reuters/ Rafael Marchante)

Diterbitkan : 14 Sep 2019 02:41PM Dikemas Kini : 14 Sep 2019 02:44PM

SINGAPURA: Suruhanjaya Persaingan dan Penggguna Singapura, CCCS, menyatakan ia akan meneliti permohonan Emirates bagi menghentikan khidmat penerbangan antara Singapura dengan Brisbane.

Langkah itu akan menyebabkan pengurangan hampir 5,000 tempat duduk seminggu atau 16 peratus daripada keseluruhan jumlah tempat duduk yang ditawarkan bagi laluan tersebut.

Mulai 13 Sep hingga 24 Sep ini, CCCS akan mengadakan rundingan awam bagi menilai kesan akibat langkah menarik balik khidmat penerbangan penumpang dan kargo udara antara Singapura dengan Brisbane, serta laluan-laluan ke destinasi Australia yang lain.

Suruhanjaya itu akan meneliti bagaimana langkah berkenaan mungkin menjejas harga tiket dan jumlah tempat duduk yang ditawarkan, dan sama ada sebuah syarikat penerbangan yang lain sedang mempertimbangkan untuk menyediakan khidmat bagi laluan antara Singapura dengan Brisbane.

Buat masa ini, tiga syarikat penerbangan menyediakan khidmat bagi laluan tersebut.

Emirates and Qantas masing-masing mengendalikan satu penerbangan sehari, manakala Singapore Airlines pula mengendalikan empat penerbangan sehari. 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan