Skip to main content

Singapura

Badan Melayu/Islam lafaz ucapan berduka atas pemergian Puan Noor Aishah

Badan-badan Melayu/Islam bertali arus menyampaikan ucapan berduka di atas berpulangnya Puan Noor Aishah, isteri Presiden Pertama Singapura Yusof Ishak, pada Selasa (22 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 22 Apr 2025 08:35PM Dikemas Kini : 22 Apr 2025 10:42PM
SINGAPURA: Badan-badan Melayu/Islam bertali arus menyampaikan ucapan berduka di atas berpulangnya Puan Noor Aishah, isteri Presiden Pertama Singapura Yusof Ishak, pada Selasa (22 Apr).

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menyatakan antara sumbangan besar Puan Noor Aishah kepada masyarakat, ialah sokongan beliau terhadap golongan kurang daya upaya serta memperjuangkan hak asasi wanita.

Menurut MUIS, perkara tersebut "meninggalkan kesan mendalam terhadap kehidupan masyarakat Islam tempatan dan juga negara".

Bagi Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) pula, Puan Noor Aishah, "bukan hanya seorang tokoh negara yang penuh ihsan dan maruah, beliau juga adalah cahaya penerang bagi wanita dan keluarga-keluarga di Singapura".

Tambah PPIS, "kepercayaan beliau terhadap potensi wanita dan peri pentingnya keluarga yang teguh" sangat bersenyawa dengan misi persatuan tersebut.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita