Badan Melayu/Islam, kumpulan berbilang agama SG kutuk keganasan Bondi - bukti iltizam untuk keamanan: Dr Faishal
Anggaran Waktu Membaca:
- Pendirian bersama badan-badan Melayu/Islam serta kumpulan berbilang agama di Singapura dalam mengutuk keganasan yang berlaku di Bondi, Sydney, Australia mencerminkan kekuatan iltizam masyarakat terhadap keamanan, maruah insan dan sikap saling menghormati.
- Beliau berkata demikian menyusuli kejadian tembakan di Pantai Bondi, pada Ahad, yang meragut sekurang-kurangnya 15 nyawa.
- Dalam catatannya, Dr Faishal juga meluahkan rasa "terharu dan bersyukur" melihat individu, rakan-rakan daripada kumpulan silang agama serta pertubuhan keagamaan di Singapura tampil bersatu dan lantang bersuara untuk mengutuk dan menolak keganasan, kebencian dan sentimen berbaur perkauman.
- "Inilah cara kita melindungi dan memperkukuhkan keharmonian sosial kita, agar Singapura kekal sebagai sebuah negara di mana setiap masyarakat berasa selamat, dihormati dan dihargai," tambah beliau.
SINGAPURA: Pendirian bersama badan-badan Melayu/Islam serta kumpulan berbilang agama di Singapura dalam mengutuk keganasan yang berlaku di Bondi, Sydney, Australia mencerminkan kekuatan iltizam masyarakat terhadap keamanan, maruah insan dan sikap saling menghormati.
Demikian menurut Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Faishal Ibrahim dalam catatannya di laman Facebook pada Selasa (16 Dis).
Beliau berkata demikian menyusuli kejadian tembakan di Pantai Bondi, pada Ahad, yang meragut sekurang-kurangnya 15 nyawa.
Insiden itu turut berlaku sedang sekitar 1,000 orang menghadiri perayaan Hanukkah, yang disambut masyarakat Yahudi.
Dalam catatannya, Dr Faishal juga meluahkan rasa "terharu dan bersyukur" melihat individu, rakan-rakan daripada kumpulan silang agama serta pertubuhan keagamaan di Singapura tampil bersatu dan lantang bersuara untuk mengutuk dan menolak keganasan, kebencian dan sentimen berbaur perkauman.
Ini termasuk Pertubuhan Antara Agama (IRO) Singapura, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Majlis Gereja Kebangsaan Singapura (NCCS), Keuskupan Agung Katolik Roma Singapura, Lembaga Kebajikan Yahudi Singapura, Lembaga Penasihat Hindu, Lembaga Penasihat Sikh, Persekutuan Buddha Singapura dan Persekutuan Pengikut Tao Singapura.
"Inilah nilai yang menjadi teras Singapura.
"Kita berdiri teguh mempertahankan kebenaran. Kita saling melindungi dan mempertahankan satu sama lain.
"Kita menghormati dan melindungi kepercayaan serta amalan agama setiap masyarakat, khususnya dalam masa-masa yang mencabar," kata beliau.
Dr Faishal menarik perhatian bahawa semangat kebersamaan itu juga selari dengan semangat Rahmatan lil ‘Alamin yang berteraskan sifat belas ihsan, kasih sayang dan kedamaian untuk semua tidak kira kaum mahupun agama.
"Inilah cara kita melindungi dan memperkukuhkan keharmonian sosial kita, agar Singapura kekal sebagai sebuah negara di mana setiap masyarakat berasa selamat, dihormati dan dihargai," tambah beliau.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.