Badan Kehakiman SG rai 200 tahun kedaulatan undang-undang dengan pameran awam sepanjang tahun
Badan Kehakiman Singapura akan meraikan 200 tahun kedaulatan undang-undang tahun ini dengan mengadakan pameran awam sepanjang tahun, makan malam gala serta pelbagai inisiatif lain.
Anggaran Waktu Membaca:
- Badan Kehakiman Singapura meraikan 200 tahun kedaulatan undang-undang dengan pelbagai acara sepanjang 2026, termasuk pameran awam dan makan malam gala.
- Peguam Negara Lucien Wong dan Hakim Besar Sundaresh Menon menekankan peranan Piagam Keadilan Kedua 1826 dalam membentuk sistem perundangan moden negara.
- Kompleks kehakiman baharu akan diwujudkan di Chinatown, melibatkan pemindahan Mahkamah Syariah ke bangunan bersejarah.
- Profesor Tan Cheng Han membincangkan cabaran teknologi dan keletihan dalam kalangan peguam muda, serta kepentingan peranan peguam dalam pembangunan Singapura.
SINGAPURA: Badan Kehakiman Singapura akan meraikan 200 tahun kedaulatan undang-undang tahun ini dengan mengadakan pameran awam sepanjang tahun, makan malam gala serta pelbagai inisiatif lain.
Sambutan dwiabad itu diumumkan semasa Pembukaan Tahun Perundangan pada Isnin (12 Jan).
Tahun 2026 menandakan 200 tahun sejak Piagam Keadilan Kedua 1826 mewujudkan sistem perundangan dan kehakiman moden di Singapura.
Piagam tersebut menyatukan masyarakat yang berbeza-beza di Singapura di bawah satu undang-undang dan satu mahkamah, “serta satu komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap keadilan dan kebenaran”, kata Peguam Negara Lucien Wong dalam ucapannya di Mahkamah Agung pada Isnin.
Sebagai sebahagian daripada sambutan itu, Hakim Besar Sundaresh Menon melancarkan logo dwiabad dan pingat peringatan, yang memaparkan mahkamah pertama Singapura dan bangunan Mahkamah Agung sedia ada.
Pingat tersebut disampaikan kepada hadirin di Pembukaan Tahun Perundangan Dwiabad dan akan diberikan kepada penerima-penerima terpilih sepanjang 2026.
Bagi menandakan acara tersebut, Akademi Undang-Undang Singapura pada Isnin melancarkan sebuah pameran sepanjang tahun di tingkat dua Mahkamah Agung, dengan tajuk 'The Charter & The Courts: 200 Years Of The Rule Of Law In Singapore'.
Pameran itu, yang percuma dan dibuka kepada orang awam, menelusuri peranan badan kehakiman dalam kestabilan dan kejayaan Singapura, dan bertujuan mendampingi masyarakat, khususnya pelajar, dalam memahami bagaimana sistem perundangan sudah berkembang.
Sambutan tersebut akan berakhir pada November dengan Minggu Sambutan Dwiabad yang merangkumi tiga acara: Persidangan Global Kedaulatan Undang-Undang yang menghimpunkan pemimpin kehakiman dunia, Makan Malam Gala DwiAbad yang menyaksikan pelancaran penerbitan peringatan 'The Singapore Judiciary - A Bicentennial History', serta persidangan rasmi mahkamah yang akan dihadiri oleh hakim besar dan wakil kehakiman asing.
“Sedang kita berada di ambang abad baharu dalam sejarah mahkamah dan sistem perundangan kita, kita boleh memandang masa depan dengan penuh harapan, keterujaan dan sifat optimis,” kata Hakim Besar Menon dalam ucapannya pada Isnin.
“Dua ratus tahun lalu, Piagam Keadilan Kedua meletakkan asas kepada sistem perundangan dan kehakiman kita. Daripada permulaan yang sederhana pada 1826 itu, kita membina institusi dan wadah yang hari ini bukan sahaja berkhidmat untuk Singapura, malah menyumbang secara bermakna kepada seni bina keadilan global.”
Hakim Besar itu merujuk kepada sebuah artikel New York Times yang mengenal pasti badan kehakiman Singapura sebagai antara lima di dunia yang menikmati tahap keyakinan awam sebanyak 85 peratus atau lebih, bersama Norway, Denmark, Switzerland dan Kuwait.
“Itu mengesahkan bahawa kita mempunyai sebab yang kukuh untuk meraikan dwiabad ini,” kata beliau.
PENUBUHAN KOMPLEKS KEHAKIMAN
Dalam ucapannya kepada hakim dan peguam yang berpakaian hitam, Hakim Besar itu turut mengumumkan pembentukan sebuah kompleks kehakiman.
Ia akan diwujudkan di kawasan Chinatown apabila Mahkamah Syariah disertakan bersama Menara Mahkamah Negara serta Mahkamah Keadilan Keluarga yang sedia ada di Havelock Square.
Mahkamah Syariah, yang kini terletak di Lengkok Bahru, akan berpindah ke bangunan lama Kementerian Buruh, yang diwartakan sebagai monumen negara pada 1998.
Bangunan tersebut sebelum ini digunakan oleh Mahkamah Keadilan Keluarga, sehingga mahkamah itu berpindah ke bangunan yang pernah menempatkan Mahkamah Negara sehingga 2019.
Presiden Persatuan Undang-Undang, Profesor Tan Cheng Han, yang mengambil alih jawatan itu selepas Encik Dinesh Singh Dhillon meletak jawatan berikutan kontroversi dalam kalangan peguam berhubung pelantikannya, turut menyampaikan ucapan.
Selepas memberi penghormatan kepada pendahulunya, Cik Lisa Sam, Profesor Tan menyentuh topik seperti teknologi dan kesannya terhadap peguam, serta keletihan melampau yang membawa kepada pengunduran diri dalam kalangan peguam muda.
“Dalam sistem kita yang disokong oleh kedaulatan undang-undang yang kukuh, peguam memainkan peranan penting dan ia diakui secara meluas bahawa hal ini membolehkan Singapura berkembang pesat, dari segi ekonomi dan sosial,” kata Profesor Tan.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.