Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Badan kebajikan tidak lagi perlu permit untuk kutip derma mulai 2023

Bermula 2023, badan-badan kebajikan tidak lagi memerlukan permit untuk melakukan kutipan derma dari rumah ke rumah atau menjalankan kutipan di tempat awam.

Anggaran Waktu Membaca:
Badan kebajikan tidak lagi perlu permit untuk kutip derma mulai 2023

(Gambar hiasan: Andrey Popov/Canva)

Diterbitkan : 08 Sep 2022 09:15PM Dikemas Kini : 08 Sep 2022 09:16PM
SINGAPURA: Bermula 2023, badan-badan kebajikan tidak lagi memerlukan permit untuk melakukan kutipan derma dari rumah ke rumah atau menjalankan kutipan di tempat awam.

Peraturan baru itu diperkenalkan agar badan-badan kebajikan dapat mengumpulkan dana dengan lebih pantas dan mudah.

Pemerintah mengumumkan demikian semasa satu persidangan tahunan mengenai tadbir urus pertubuhan amal pada Khamis (8 Sep) yang dihadiri hampir 700 peserta.

Namun demikian, badan-badan kebajikan masih perlu mendedahkan kempen-kempen kutipan derma itu di sebuah portal agar penderma boleh membuat pengesahan.

Langkah pelonggaran itu adalah sebahagian daripada usaha pemerintah untuk menjadikan kutipan derma lebih berkesan.

Selain itu, badan-badan kebajikan juga boleh mendapatkan bantuan demi memastikan derma terkumpul tidak jatuh ke tangan pengganas, jika kutipan dana itu dikirimkan ke luar negara.

"Buat masa ini tiada petunjuk bahawa dana mengalir daripada badan-badan kebajikan kita untuk menyokong kegiatan domestik berkaitan pengganasan," kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), Edwin Tong.

"Juga tiada dana dikutip oleh badan-badan kebajikan untuk membiayai kegiatan pengganasan di luar negara. Buat masa ini kita tidak menyaksikan kegiatan sedemikian di dalam mahupun luar negara," ujarnya.

"Walau apapun, disebabkan adanya trend sedang muncul yang kita saksikan di serata dunia, kita tidak boleh bersikap sambil lewa," tambah Encik Tong.
Sumber : CNA/DY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan