Skip to main content

Singapura

Badan global gantung pentauliahan Cordlife susuli isu bank darah tali pusat

Anggaran Waktu Membaca:
Badan global gantung pentauliahan Cordlife susuli isu bank darah tali pusat

(Gambar: Facebook/Cordlife)

Diterbitkan : 06 Dec 2023 01:49PM
SINGAPURA: Pertubuhan Pentauliahan Terapi Seluler (FACT) sudah menggantung pentauliahan terapi seluler bank darah tali pusat Cordlife untuk satu tempoh yang tidak pasti.

Ini berikutan tangki yang menyimpan unit darah tali pusat syarikat itu didapati terdedah kepada suhu tidak sesuai.

Cordlife, yang disenaraikan dalam Bursa Saham Signapura (SGX), menyatakan ketika memfailkan kawal selia pada Selasa (5 Dis) bahawa ia menerima notis dari FACT, yang memaklumkan syarikat tersebut bahawa badan pentauliahan itu sudah memulakan siasatan dalaman terhadap isu yang dibangkitkan dalam notis dari Kementerian Kesihatan (MOH), mengenai tangki penyimpanannya.

Cordlife diiktiraf FACT sejak November 2015.
FACT TENTUKAN PIAWAIAN BAGI TERAPI SELULER

FACT merupakan sayrikat bukan untuk untung yang ditubuhkan pada 1996 oleh Persatuan Antarabangsa Terapi Sel dan Gen (ISCT) dan Persatuan Pemindahan dan Terapi Selular Amerika (ASTCT), bagi tujuan pemeriksaan dan pentauliahan secara sukarela dalam bidang terapi seluler.

Menurut lamannya, FACT menetapkan piawaian amalan perubatan dan makmal bermutu tinggi dalam terapi seluler, dan merupakan satu-satunya piawaian antarabangsa yang digunakan di Eropah, Kanada, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat.

Selain FACT, Cordlife juga diiktiraf oleh Persatuan Kemajuan Darah & Bioterapi (AABB), sebuah persatuan bukan untuk untung yang mewakili pertubuhan dan individu yang terlibat dalam pemindahan darah serta perubatan pemindahan sel.

"Syarikat ini akan bekerjasama dengan FACT untuk menyediakan semua maklumat yang diminta untuk memulihkan pentauliahannya," dedah Cordlife.

“Syarikat ini akan mengemas kini pemegang sahamnya dan pelabur, jika terdapat sebarang perkembangan penting, selaras dengan keperluan peraturan senarai SGX-ST.”
Sumber : CNA
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita