Skip to main content

Singapura

Badan fintech SG petik sebab 'isu rumit' selepas dikritik sokong angkut pekerja gunakan lori

Anggaran Waktu Membaca:


SINGAPURA: Persatuan FinTech Singapura (SFA) pada Jumaat (4 Ogos) menyatakan keselamatan pekerja merupakan "isu rumit", ketika diminta memberi respons terhadap kritikan menandatangani kenyataan bersama menyokong amalan mengangkut pekerja menggunakan lori.

"Memastikan keselamatan para pekerja di seluruh Singapura adalah penting. Ia adalah isu rumit yang memerlukan penyelesaian jangka panjang didorong oleh usaha bersama merentasi kedua-dua sektor awam dan perniagaan," kata jurucakap SFA.

Ia bagaimanapun tidak menjawab soalan Mediacorp tentang mengapa ia menandatangani kenyataan tersebut yang dikeluarkan pada Selasa (1 Ogos).

Persatuan itu merupakan antara 25 kumpulan perniagaan yang mengeluarkan kenyataan tersebut pada Selasa. Ia termasuk Persatuan Perusahaan Kecil & Sederhana (ASME), Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Singapura (SCCCI) dan Persatuan Kontraktor Singapura Berhad.

Isu tersebut menjadi isu kontroversi buat tempoh yang lama dan sering menimbulkan perbahasan awam setiap kali seorang pekerja mengalami kecederaan akibat kemalangan lalu lintas ketika duduk di bahagian belakang lori.

Satu lagi kemalangan pada Julai menyebabkan para aktivis menggesa agar amalan tersebut diharamkan.
Kenyataan pada Selasa merupakan respons terhadap perkara itu, dengan perniagaan mendakwa bahawa prasarana terhad dan keadaan ekonomi bermakna ia harus meneruskan amalan mengangkut pekerja dengan lori.

Isu itu dibahaskan di parlimen sekali lagi pada Rabu (2 Ogos), dengan Anggota Parlimen (AP) Louis Ng dan AP lain mengemukakan soalan tentang keselamatan pekerja diangkut dengan lori.

"Pemerintah sedar bahawa tidak wajar untuk para pekerja diangkut dengan lori," kata Menteri Negara Kanan Pengangkutan Amy Khor.

"Namun, kami juga memahami keprihatninan jujur perniagaan."
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita