Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Badan bantu diri kekal relevan sedang S'pura pertingkat tahap sosioekonomi, kata PM Lee

Badan-badan bantu diri berasaskan kaum akan terus kekal relevan sedang mereka memberikan sokongan yang bersesuaian dengan masyarakat mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Badan bantu diri kekal relevan sedang S'pura pertingkat tahap sosioekonomi, kata PM Lee

(Gambar: MCI)

Diterbitkan : 18 Sep 2022 07:32PM Dikemas Kini : 18 Sep 2022 08:20PM
SINGAPURA: Badan-badan bantu diri berasaskan kaum akan terus kekal relevan sedang mereka memberikan sokongan yang bersesuaian dengan masyarakat mereka.

Bercakap di sambutan ulang tahun ke-30 Majlis Bantuan Pembangunan Masyarakat Cina (CDAC) hari ini (18 Sep), Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata badan-badan itu - yang dibiayai oleh pemerintah dan derma masyarakat - juga menyediakan wadah bagi rakyat-rakyat tempatan yang lebih berada untuk membantu anggota masyarakat mereka sendiri.

Tambah Encik Lee lagi, badan-badan seperti CDAC, MENDAKI, Sinda dan Persatuan Serani mengukuhkan lagi hubungan antara para anggota masyarakat.

Selain itu, badan-badan bantu diri tersebut juga memupuk semangat berdikari dan bangga dalam sesebuah masyarakat yang mengukuhkan lagi identiti Singapura mereka.

Menurut beliau, badan-badan itu juga dapat membantu dalam mobiliti sosial meskipun persekitaran luaran dan pertumbuhan ekonomi menjadi semakin mencabar.

"Kita akan kehilangan sesuatu yang berharga jika kita tidak mempunyai badan-badan bantu diri. Kerana badan bantu diri ini lebih memahami ciri-ciri unik dan keperluan setiap masyarakat yang berbeza. Mereka berada pada kedudukan yang baik untuk menyesuaikan program mereka bagi menjadikannya paling relevan buat masyarakat mereka. Mereka juga boleh menangani isu terang-terangan tanpa menimbulkan sensitiviti kaum atau agama," kata Encik Lee.

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung, yang juga Pengerusi CDAC, berkata institusi masyarakat akan mengukuhkan usaha pemerintah, menjalin hubungan dengan keluarga dan para individu.

Pendidikan, tambah Encik Ong, adalah anak kunci bagi pertubuhan itu membantu kanak-kanak membina asas yang kukuh.
Sumber : CNA/IA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan