Badan amal suntik keceriaan di rumah jagaan, rumah tumpangan tempatan sempena Krismas
Anggaran Waktu Membaca:

Di Rumah Jagaan MWS Bethany, para penganjur mengadakan acara bertemakan 'pasar malam' dengan diiringi suasana nostalgik khusus bagi para penghuni dan keluarga mereka pada Jumaat (23 Dis).
SINGAPURA: Setelah menganjurkan pesta perayaan secara maya buat dua tahun, badan-badan amal giat melakukan sedaya mungkin untuk menggantikan skrin komputer serta telefon bimbit dengan unsur interaksi secara bersemuka dan pergaulan sosial semasa tempoh perayaan ini.
Di Rumah Jagaan MWS Bethany, para penganjur mengadakan acara bertemakan 'pasar malam' dengan diiringi suasana nostalgik khusus bagi para penghuni dan keluarga mereka pada Jumaat (23 Dis).
"Pasar lambak pasar malam ini... membantu mereka untuk mengimbau zaman lama ketika mereka masih muda," kata Encik Richard Quah, ketua rumah jagaan itu di Choa Chu Kang.
Bazar tersebut merupakan acara terbesar yang diadakan di prasarana jagaan itu sejak pandemik COVID-19 melanda. Sebelum ini, aktiviti-aktiviti diadakan di dalam wad dan lazimnya dalam saiz kumpulan yang terkawal di samping penguatkuasaaan jarak selamat.
Sekitar 100 warga emas menyambut musim perayaan semasa acara tersebut di sisi waris mereka dan bersama-sama para kakitangan serta sukarelawan rumah jagaan itu.
Menurut rumah jagaan tersebut, perayaan itu bukan saja buat para penghuninya, bahkan juga untuk kakitangan jururawat hijrahan yang bekerja di sana.
Sekitar 60 sukarelawan mengendalikan 15 gerai, yang menyaksikan para penghuni, kakitangan dan pengunjung mengambil bahagian dalam senaman serta permainan untuk mengutip mata bagi menukarkannya kepada makanan dan minuman.
MENYEBAR KECERIAAN
Di pertubuhan amal Boys' Town, yang membantu kanak-kanak dan para belia yang memerlukan, para penghuni mengadakan sebuah pertunjukan secara langsung sempena sambutan hujung tahun pada Rabu (21 Dis).
Pertubuhan bukan meraih untung itu menyatakan acara tersebut adalah "sangat istimewa" kerana ia membolehkan para penghuninya meraikan perayaan itu dengan satu sama lain, terutama sekali bagi mereka yang tidak mempunyai kesempatan untuk menyambut perayaan itu dengan keluarga mereka.
Badan amal tersebut juga tidak dapat mengadakan acara berskala besar seumpama itu sejak dua tahun lalu disebabkan pandemik yang melanda.
Bagi kebanyakan daripada penghuninya, pesta tersebut merupakan kali pertama mereka dapat meraikan cuti Krismas bersama Boys' Town.
"Tidak semua daripada kita boleh menyambut Krismas di rumah atau meluangkan masa dengan ahli keluarga kita atau mereka yang tersayang," ujar Dr Roland Yeow, pengarah eksekutif pertubuhan tersebut di Upper Bukit Timah.
"Malangnya, kami mempunyai keadaan di mana belia kami yang memerlukan lebih banyak penjagaan atau mereka belum bersedia untuk kembali ke pangkuan keluarga mereka. Oleh itu, apabila seseorang menyediakan sambutan perayaan sebegitu, semestinya menciptakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi mereka," tambah beliau.
Para penaja juga memeriahkan perayaan tersebut dengan memberikan hadiah-hadiah yang disediakan secara teliti berdasarkan senarai kemahuan setiap kanak-kanak.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.