Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Badan amal SG terima lebih banyak sumbangan sempena Krismas

Anggaran Waktu Membaca:
Badan amal SG terima lebih banyak sumbangan sempena Krismas

(Gambar hiasan: iStock/simon2579)

SINGAPURA: Lebih ramai ibu bapa kini meminta agar hadiah Krismas untuk anak-anak mereka sebaliknya digantikan dengan sumbangan kepada badan-badan amal.

Malah terdapat lebih banyak hadiah-hadiah dan barangan terpakai didermakan oleh orang ramai.

Badan amal Give.Asia melancarkan inisiatif "GIVEcards" tahun lalu.

Lebih daripada kad hadiah biasa, ia membolehkan para penerima untuk membuat sumbangan kepada badan amal pilihan mereka.

Terdapat lebih 700 badan amal dan ratusan kempen individu di laman kumpul derma GiveAsia.

Mereka turut mendapati lebih ramai ibu bapa yang aktif mendidik anak-anak mereka tentang semangat memberi.

Trend itu digalakkan satu lagi badan amal, Curious Thoughts, yang memulakan kempen menderma buku pada bulan ini.

Lebih 1,500 buku disumbangkan, jumlah yang melebihi sasaran mereka.

Badan amal itu juga mendapati para ibu bapa juga melibatkan anak-anak mereka dalam aktiviti kerja sukarela.

"Kami dapati bahawa tahun ini, kebanyakan penderma dan ibu bapa sebenarnya cuba mencari cara yang lebih kreatif untuk membuat sumbangan. Jadi sama ada dengan menyumbangkan masa atau tenaga, mereka menjadi sukarelawan untuk program kami atau dengan menganjurkan sesuatu untuk masyarakat," kata Perry Shen, Penolong Pengurus, Curious Thoughts.

Dengan sambutan yang amat menggalakkan, badan amal itu merancang untuk meluaskan lagi kutipan derma mereka bagi Krismas tahun depan.

Mereka mahu mendapatkan sumbangan yang lebih berharga bagi kanak-kanak seperti kereta sorong dan juga katil bayi.
Sumber : CNA/IA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan