Badan amal SG gesa lebih banyak sumbangan, sukarelawan di tengah musim perayaan
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Bagi ramai, musim perayaan seperti Krismas dan Tahun Baru Cina yang akan datang adalah masa untuk mengemas rumah dan membuang barangan yang tidak diperlukan lagi.
Oleh itu, beberapa pertubuhan tempatan menyatakan bahawa mereka melihat jauh lebih banyak barangan terpakai yang didermakan.
Badan amal lain seperti Boys' Brigade di Singapura, bagaimanapun, menyatakan bahawa mereka mengalami beberapa cabaran.
Ia memberitahu Mediacorp bahawa ia hanya menepati separuh daripada sasaran barangan derma bagi tahun ini.
"Kami ada beras yang mencukupi... dan mi segera, tapi kami kurang barangan seperti minuman, makanan tin dan biskut yang halal. Jadi, kalau kami boleh mendapat lebih banyak barangan derma sebegini, ia akan membantu kami," kata Desmond Koh, pengarah eksekutif Boys' Brigade Singapura.
Bagi musim perayaan ini, para sukarelawannya, termasuk pelajar yang terlibat dalam kumpulan seragam, telah menyediakan hamper yang akan diagihkan kepada 51,185 penerima bantuan - jumlah yang tertinggi yang pernah dikendalikan.
Bagaimanapun, badan amal itu tidak mempunya jumlah sukarelawan yang cukup yang boleh memandu untuk menghantarkan hamper yang mengandungi barangan seperti beras, makanan tin dan biskut.
Ini menyebabkannya memikirkan strategi baharu untuk menjadikannya lebih mudah buat para sukarelawan: penghantaran berjalan kaki.
"Tahun ini, apa yang kami lakukan adalah untuk menyusun penghantaran berhampiran lokasi di mana kami ingin menghantarkan hamper," kata Encik Koh.
"Kami akan membawa hamper ke sana, dan sukarelawan (boleh) mendaftar, hadir di sana dan membantu kamu membuat penghantaran, jadi mereka tidak terkurung di dalam kenderaan untuk memandu dan bawa hamper ke lokasi."
Bagaimanapun, walaupun usaha dijalankan, lebih daripada 60 peratus slot penghantaran hingga ke hujung tahun ini masih kosong, tambah Encik Koh.
GUNA MEDIA SOSIAL, SEBAR DARI MULUT KE MULUT
Sebuah lagi pertubuhan yang bekerja dengan pekerja hijrahan mengambil sukarelawan untuk membungkuskan hadiah dengan sasaran satu juta penerima.
ItsRainingRaincoats menyatakan ia berjaya mendapatkan pasukan seramai 100 anggota menerusi media sosial dan pesanan yang dikongsi dari individu ke individu.
Ketua pengendalian badan amal itu Vrinda Dhingra berkata ia menyusun lawatan ke pelbagai tapak pekerjaan untuk menyatukan masyarakat, termasuk pekerja dan penduduk.
"Fikirkannya - jika anda berada di luar negara bersendirian dan tidak mempunyai kemampuan untuk menyokong diri sendiri atau keluar makan sekalipun pada Krismas atau menyambut Tahun Baru dengan rakan-rakan dan keluarga, jika kami letakkan diri kami di tempat mereka, kami faham dan kami sedar dan kami menghargai perasaan yang mereka lalui," tambahnya
Walaupun badan amal itu mempunyai sukarelawan yang mencukupi untuk membantu dalam tempoh ini, Cik Vrinda berkata bahawa di luar musim perayaan ini, ia memerlukan aliran sukarelawan yang berterusan untuk kekalkan usaha pendekatan ini.
DERMA YANG MENINGKAT, PENGGUNAAN SEMULA BARANGAN
Sementara itu, pertubuhan kemanusiaan Palang Merah Singapura memberitahu Mediacorp bahawa ia menyaksikan peningkatan sebanyak 20 hingga 30 peratus dalam jumlah mereka yang menderma barangan yang terpakai dalam musim perayaan.
Barangan yang boleh digunakan semua yang didermakan juga naik dua kali ganda daripada 40 peratus tahun lalu kepada 80 peratus tahun ini.
Pertubuhan tersebut menyatakan ia sudah menjalankan lebih banyak usaha mendekati korporat dan melaksanakan peraturan yang lebih baik ke atas barangan yang diterimanya. Kesedaran orang ramai yang lebih tinggi tentang usaha kemampanan juga menyebabkan lebih ramai orang membuat keputusan untuk menderma.
"Satu (sebab) adalah kakitangan melakukan sesuatu yang bermakna untuk menyokong komuniti setempat," kata ketua pembangunan sumber Palang Merah Singapura Johnny Tang.
“Saya rasa kedua, kita juga (nampak) ramai yang beli barang dalam tempoh COVID, jadi banyak juga barang yang terkumpul di rumah. Dan mereka sedar bahawa sudah tiba masanya untuk mereka - selepas dua, tiga tahun - untuk memberikannya."
Barangan sama ada didermakan terus kepada masyarakat yang terdedah atau dijual dengan hasil yang disalurkan kepada pemerima bantuan ini.
Dengan jumlah sumbangan yang lebih tinggi tahun ini, Palang Merah Singapura menyatakan ia juga meningkatkan kumpulan sukarelawannya sebanyak 40 peratus.
Syarikat baru tempatan Thryft berkata ia juga menyaksikan lebih banyak sumbangan barangan terpakai, mencecah sehingga 30 peratus lebih pada setahun.
Ia menjual buku tersayang, pakaian dan rekod vinil online dan di kedai fizikalnya yang dibuka beberapa bulan lalu di sepanjang Lower Delta Road di Telok Blangah.
Semasa tempoh perayaan, kedai barangan runcit menerima kira-kira 1,500 barangan seminggu, daripada pakaian, buku dan juga rekod vinil. Sekitar 70 peratus daripada barangan itu boleh digunakan semula, dengan selebihnya dihantar untuk dikitar semula.
Hasil daripada 20 peratus sumbangan disalurkan kepada pertubuhan bukan untuk keuntungan.
Untuk memenuhi jumlah yang semakin meningkat, Thryft juga telah membangunkan perisiannya sendiri menggunakan kecerdasan buatan untuk meningkatkan produktiviti dengan menyusun barangan yang diterimanya dalam kategori berbeza.
“Ia juga membantu kami dari segi pemprosesan apabila kami perlu mengambil gambar produk,” kata pengasas bersama Thyrft Asia Eddie Lim.
“Selepas kami mengambil gambar, sebagai contoh, kami boleh menyesuaikan saiz dan meningkatkan mutunya secara automatik. Ini mengurangkan masa yang diperlukan untuk kami membawanya ke kedai online, supaya pengguna dapat melihat maklumat tertentu.”

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.