Badan amal SG berdepan kekurangan relawan, sumbangan tahun ini
Anggaran Waktu Membaca:
Projek kongsi habuan Boys Brigade tahun ini berdepan dengan cabaran yang besar. (Gambar: The Boys' Brigade Share-a-Gift/Facebook)
SINGAPURA: Badan-badan amal setempat melaporkan kekurangan sukarelawan dan jumlah derma lebih kecil bagi tahun ini.
Sejauh ini, kegiatan-kegiatan musim perayaan hujung tahun juga sukar dipertingkatkan dan usaha mengumpul dana juga mengecewakan.
Ini secara langsung memaksa lebih banyak badan amal membuat usaha-usaha saat akhir secara online.
Projek kongsi habuan Boys Brigade tahun ini berdepan dengan cabaran yang besar.
Badan itu bukan saja memerlukan lebih banyak sumbangan tetapi hanya berjaya membantu 60 peratus daripada sasaran 43,000 penerima.
Cabaran yang sama turut dirasai badan amal Club Rainbow yang pakar dalam program terapi dan pendidikan bagi kanak-kanak yang mengalami penyakit kronik.
"Dari sudut kewangan, kami menyaksikan kemerosotan yang besar dalam jumlah sumbangan iaitu sebanyak lebih 30 peratus dari segi derma keseluruhan. Apabila anda berdepan dengan kos yang meningkat, kadar faedah lebih tinggi, saya rasa individu dan pihak korporat masih mengutamakan bil dan perbelanjaan asas mereka. Lazimnya, amalan menderma akan dihentikan seketika," kata Pengarah Eksekutif Club Rainbow, Teo Siang Loong.
Satu acara amal fizikal pada November juga gagal mencapai sasaran tahun ini.
Lantaran itu, Club Rainbow cuba memanfaatkan musim perayaan ini dengan usaha saat akhir secara online.
Badan itu menyertai beberapa kumpulan lain untuk mengumpul dana yang semakin merosot berbanding dua tahun lalu.
Sekitar $300,000 dikumpulkan sejauh ini dengan bulan Disember lazimnya mendapat sumbangan paling banyak dalam masa setahun.

Sumber : CNA/RU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.