Badan amal mobiliti sosial 'Access SG' gariskan bidang tumpuan demi tingkatkan kesaksamaan di SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Untuk meningkatkan kesaksamaan di Singapura, sebuah badan amal mobiliti sosial menggariskan beberapa bidang utama.
Ia termasuk meningkatkan penglibatan belia, mendapatkan lebih banyak sokongan korporat serta mendalami analisis data.
Pelan lima tahun 'Access Singapore' itu bertujuan mengendalikan lebih banyak program, serta mendekati lebih banyak vendor dan perusahaan sosial.
Badan amal tersebut ingin meningkatkan kesedaran dengan menyasarkan golongan belia, semuda pelajar sekolah menengah.
Antaranya, dengan mendedahkan mereka sejak awal kepada bidang-bidang kerjaya menerusi perkongsian profesional dan program perantisan.
Badan tersebut juga berharap untuk memperolehi data daripada pemerintah atau syarikat kaji selidik agar dapat menyediakan khidmat yang lebih berkesan.
Satu lagi bidang tumpuan adalah menyemak semula takrifan erti kejayaan atau kelulusan yang baik.
Menteri Pendidikan Chan Chun Sing berkata, kejayaan sebenar bagi pelajar adalah untuk memahami kekuatan dan kelemahan masing-masing serta menyumbang semula kepada masyarakat sesuai kemampuan tersebut.
"Cuba untuk tidak menakrif kejayaan berdasarkan pencapaian peribadi anda. Cuba menakrif kejayaan berdasarkan sumbangan anda. Anda akan meraih kegembiraan lebih bermakna apabila anda boleh menyumbang.
"Saya rasa itu juga harapan saya untuk semua rakyat Singapura dan untuk generasi akan datang, bahawa kita adalah masyarakat yang tidak ditentukan hanya dengan kejayaan kebendaan," luah Encik Chan.

Sumber : CNA/IA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.