Badan amal akan dibantu tambah keupayaan kekang pembiayaan haram
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Badan-badan amal bakal dibantu untuk meningkatkan keupayaan masing-masing dalam mengekang pengubahan wang haram serta pembiayaan pengganasan.
Institut Akauntan Bertauliah Singapura (ISCA) menawarkan khidmat semakan bersubsidi bagi tujuan tersebut bermula hari ini (2 Okt).
Ini menyusuli permintaan yang meningkat daripada badan-badan amal bagi panduan dan sokongan dalam menyaring derma yang mereka terima.
Satu panel pakar dibentuk untuk membantu menyemak para penderma sama ada mereka berada di dalam senarai individu atau entiti yang disekat.
Panel tersebut akan berbincang dengan badan-badan amal serta mengeluarkan amaran jika ada perkara yang mencurigakan.
Badan-badan amal turut digalak menggunakan khidmat konsultan supaya terhindar daripada jenayah kewangan.
Inisiatif tersebut merupakan antara langkah-langkah baharu yang diumumkan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong, semasa persidangan tadbir urus badan amal siang tadi.
"Kita tidak boleh biarkan terhakisnya kepercayaan orang ramai terhadap badan-badan amal. Kita tidak boleh biarkannya berakar, bertapak di Singapura. Lantas, kita mesti utamakan tadbir urus yang baik - bukan sahaja kepada amalam beretika, namun juga empati di pihak kepimpinan.
"Juga, mengekalkan paiwai tinggi dari sudut ketelusan, keterbukaan serta kebertanggungjawaban," kata Encik Tong.
Turut disediakan, satu panduan baharu bagi badan-badan amal menyepadukan amalan kemampanan ke dalam operasi mereka.
Satu khidmat perantaraan juga bakal ditubuhkan tahun depan bagi membantu badan-badan amal lebih kecil menghuraikan konflik.
Contohnya, jika timbul perselisihan antara para sukarelawan dengan kakitangan badan amal.
Semua ini bertujuan menjadikan badan-badan amal lebih cekap serta memelihara kepercayaan dengan para penderma dan masyarakat umum.

Sumber : CNA/IQ/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.