'Baca Berita: Cabaran Autocue' terima sambutan menggalakkan
Anggaran Waktu Membaca:

Nufail Rahman (tengah) dan Nuha Md Nizam bersama Ketua Editor BERITA & Ehwal Semasa Melayu Mediacorp, Sujadi Siswo.
SINGAPURA: Tidak kira si cilik mahupun yang dewasa.
Semuanya, menyahut cabaran untuk menyampai berita Sepanjang acara Mediacorp Untukmu@OnePunggol pada Sabtu (25 Feb).
Mereka bersaing dalam kategori-kategori untuk pelajar serta dewasa lelaki dan wanita.
Setiap peserta juga diberi skrip sepanjang dua minit dan harus menyampaikannya dengan lancar dan sebutan yang tepat.
Ada yang melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan ada pula percubaan yang cukup mencuit hati.
PARA PEMENANG 'BACA BERITA: CABARAN AUTOCUE'
Hasilnya, tiga individu muncul sebagai pemenang.
Bagi kategori pelajar, pemenangnya ialah Nuha Md Nizam.
Bagi kategori dewasa lelaki pula, gelaran juara menjadi milik Nufail Rahman.
Pemenang kategori dewasa wanita disandang oleh Sapiah Abas.
Tempat kedua dan ketiga bagi setiap kategori sudahpun mendapat piala dan baucar mereka petang tadi.
Menerusi 'Baca Berita: Cabaran Autocue' itu, matlamat BERITAmediacorp adalah untuk memupuk sebuah masyarakat berilmu yang dapat membezakan antara berita sahih dengan berita palsu.
Di samping itu, BERITAmediacorp juga mahu menggalak pemahaman tentang perkembangan berita dan ehwal semasa.

Sumber : BERITA Mediacorp/HK/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.