Ayam NTUC dijual semula sebagai tidak halal, tiada pencemaran silang dikesan: MUIS
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Instagram/sgfollowsall)
SINGAPURA: Ayam yang diproses di bahagian daging babi di sebuah cawangan NTUC FairPrice di Anchorvale Village, Sengkang, telah dijual semula sebagai produk tidak halal dan tiada pencemaran silang dikesan di bahagian halal, kata Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) pada 26 Mac.
Ini menyusuli satu hantaran tular di media sosial yang menunjukkan ayam berbungkus label halal dikendalikan di kawasan yang dikhaskan untuk daging babi di cawangan itu sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat Islam.
“Hasil siasatan mendapati ayam halal yang dipindahkan dan diproses di bahagian daging babi telah dijual sebagai tidak halal. Kami juga ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa tiada pencampuran bahan tidak halal ditemui di bahagian halal," kata MUIS.
"Semua produk yang dibungkus dan mempunyai tanda pensijilan halal kekal mematuhi sepenuhnya piawaian, dan integriti halalnya tidak terjejas," tambah MUIS.
MUIS memaklumkan pihaknya bertindak segera selepas dimaklumkan mengenai kebimbangan awam, dengan menjalankan siasatan termasuk memeriksa premis berkenaan dan berhubung dengan pihak pengurusan pasar raya itu.
“NTUC FairPrice telah memberi jaminan bahawa amalan tersebut telah dihentikan serta-merta di semua cawangan," tambah MUIS.
Dalam pada itu, MUIS merakamkan penghargaan terhadap keprihatinan masyarakat.
"MUIS kekal komited untuk terus memelihara integriti halal dan mengekalkan keyakinan awam bersama rakan industri dan masyarakat," kata MUIS.
TULAR DI MEDIA SOSIAL, CETUS KEBIMBANGAN
Insiden tersebut mula mendapat perhatian selepas satu hantaran tular di akaun Instagram milik sgfollowsall, pada 25 Mac, yang memaparkan seorang pekerja mengendalikan ayam di kawasan yang dikhaskan untuk daging babi.
Dalam hantaran tersebut, seorang pengguna mendakwa anaknya dimaklumkan oleh seorang wanita Muslim bahawa ayam halal dipotong dan dibungkus di kawasan yang sama dengan daging babi di NTUC FairPrice di Anchorvale Village.
Pengguna berkenaan menyifatkan kejadian itu sebagai “membimbangkan”, khususnya bagi pelanggan Muslim yang bergantung kepada pengendalian halal yang betul.
Menurutnya, beliau turut berjumpa dengan penyelia pasar raya tersebut, yang mengakui ia satu kesilapan dan memaklumkan bahawa perkara itu akan disiasat.
"NTUC perlu memastikan kakitangannya diberi latihan sewajarnya dalam pengendalian produk halal segar dan tidak mencampurkannya dengan barangan tidak halal, lebih-lebih lagi memandangkan ramai dalam kalangan pekerjanya merupakan warga asing," kata pengguna itu.
Hantaran tersebut kemudian menarik perhatian ramai, dengan ratusan komen daripada orang awam.
FAIRPRICE MOHON MAAF, HENTIKAN AMALAN
Dalam catatannya di Facebook pada 25 Mac, NTUC FairPrice tampil memohon maaf atas insiden tersebut.
“Kami memahami kebimbangan pelanggan dan memandang serius perkara ini. Kami ingin memberi jaminan bahawa ayam yang diproses itu tidak dipamerkan untuk jualan di bahagian halal," kata NTUC FairPrice.
Pasar raya itu turut memberi jaminan bahawa amalan tersebut telah dihentikan serta-merta di semua cawangan.
“Kami memandang serius kepercayaan pelanggan dan akan menyemak semula proses kami bagi mengelakkan kejadian serupa berulang," tambah NTUC FairPrice.

Sumber : BERITA Mediacorp/bk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.