Ayam, itik tidak dibenarkan dalam flat HDB atas sebab kesihatan awam, kata Tan Kiat How
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Membela ayam, itik dalam flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) tidak dibenarkan atas sebab kesihatan awam dan untuk "mengurus perkara yang tidak menyenangkan",kata Menteri Negara Kanan Pembangunan Negara Tan Kiat How pada Rabu (9 Nov).
Bercakap di Parlimen, Encik Tan menambah bahawa apabila aduan dibuat mengenai menternak ayam di flat HDB, HDB bekerja rapat bersama agensi-agensi untuk berundng dengan pemilik rumah supaya membuat aturan alternatif untuk menempatkan semula ayam-ayam mereka ke tempat yang sesuai.
"Untuk mengurangkan risiko penularan selesama burung dan demi melindungi kesihatan manusia serta haiwan, kami secara amnya menghadkan jumlah ayam, itik yang boleh dibela di mana-mana tempat bukan-komersil kepada 10," kata Encik Tan, yang menambah bahawa peraturan itu lebih tegas bagi flat HDB.
Encik Tan menjawab soalan Anggota Parlimen Ang Wei Neng (PAP-West Coast) yang bertanya mengenai jumlah aduan yang diterima sepanjang lima tahun lalu mengenai bunyi bising dan bau yang datang dari ayam-ayam tersebut di estet perumahan HDB serta estet perumahan privet.
Menjawab soalan tambahan AP Louis Ng (PAP-Nee Soon) tentang undang-undang yang melarang memelihara ayam dalam flat, Encik Tan berkata ia termaktub di bawah Memorandum Pajakan HDB.
Beliau menambah bahawa dari 2017 hingga 2021, agensi-agensi dan Majlis Bandaran menerima sekitar 2,400 maklum balas mengenai ayam di estet HDB dan 1,700 maklum balas di estet perumahan privet.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.