Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ayam hidup dalam pameran Galeri Nasional dikembalikan ke pusat perlindungan dalam keadaan sihat: Tan Kiat How

Anggaran Waktu Membaca:
Ayam hidup dalam pameran Galeri Nasional dikembalikan ke pusat perlindungan dalam keadaan sihat: Tan Kiat How

Gambar: Joseph Nair, Memphis West Pictures

SINGAPURA: Ayam hidup yang digunakan di pameran Galeri Nasional Singapura yang baru sahaja berakhir, kini dikembalikan pusat perlindungannya dalam "keadaan sihat".

Demikian menurut Menteri Kanan bagi Pembangunan Negara Tan Kiat How pada Selasa (19 Sep).

Berucap di Parlimen, Encik Tan menambah bahawa Lembaga Taman Negara (NParks) sudah menjalankan pemeriksaan untuk menilai agar ayam tersebut akan diberikan makanan, air dan ruang tempat tinggal yang mencukupi sebelum ditampilkan sebagai sebahagian daripada pameran.
Karya, yang dipanggil "How to Explain Art to a Bangkok Cock (1985)" (Bagaimana untuk jelaskan seni kepada ayam jantan Bangkok), adalah sebahagian daripada sebuah pameran yang berlangsung dari 5 Mei hingga 17 September.

Ayam hidup itu bagaimanapun hanya berada di sana untuk beberapa hari sahaja.

Penggunaan ayam hidup itu mencetuskan perbahasan sama ada penggunaan haiwan hidup adalah wajar di dalam sesebuah pameran seni. Ini meskipun, ayam yang digunakan berasal dari pusat perlindungan haiwan yang memanfaatkan pameran itu untuk meningkatkan profilnya.

Di Parlimen, Encik Tan menjawab beberapa soalan yang diajukan Anggota Parlimen (AP) Tan Wu Meng berhubung topik tersebut, termasuk apa yang berlaku kepada ayam itu selepas ia "digunakan" dalam pameran itu dan sama ada nasihat daripada pakar veterinar diambil kira sebelum ayam tersebut dipamerkan.

Encik Tan Kiat How menjawab dengan menjelaskan bahawa lesen yang sah diperlukan bagi mana-mana pameran haiwan dengan tujuan untuk melindungi kesihatan dan kebajikan haiwan di bawah Peraturan Haiwan dan Burung (Kedai Haiwan Peliharaan dan Pameran).

Bagi pameran seni itu, NParks sudah menjalankan satu pemeriksaan di tapak tersebut dan mendapatkan nasihat daripada salah seorang veterinar sebelum memberi lesen kepada galeri itu bagi pameran berkenaan.

"Berdasarkan pemeriksaan tersebut, NParks menilai bahawa haiwan itu diberikan makanan, air dan rehat yang mencukupi serta ruang tempat tinggal yang betul," katanya.

Encik Tan menambah bahawa NParks menilai bahawa pameran berkenaan memenuhi syarat-syarat pelesenan tersebut bagi pendidikan awam, memandangkan pameran itu akan meningkatkan kesedaran mengenai kebajikan haiwan.

Beliau menarik perhatian bahawa galeri tersebut juga bekerjasama dengan Chicken Rescue Rehome untuk melaksanakan langkah-langkah berjaga-jaga, seperti memerlukan pelawat untuk mengekalkan jarak semasa berada di pameran itu dan mengelak daripada mengambil gambar haiwan tersebut dengan pancaran kilat, di samping pemeriksaan secara berkala yang dijalankan wakil-wakilnya.
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan