Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Awas, tipu helah baru ini sasar pekerja penghantaran

Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Selasa (13 Apr) memberi amaran mengenai satu penipuan baru yang menyasarkan pekerja penghantaran dari syarikat-syarikat bungkusan dan penghantaran makanan.

Anggaran Waktu Membaca:
Awas, tipu helah baru ini sasar pekerja penghantaran

(Gambar: SPF)

Diterbitkan : 13 Apr 2021 06:32PM Dikemas Kini : 13 Apr 2021 06:35PM

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Selasa (13 Apr) memberi amaran mengenai satu penipuan baru yang menyasarkan pekerja penghantaran dari syarikat-syarikat bungkusan dan penghantaran makanan.

Melalui tipu helah terbaru ini, para mangsa akan terlebih dahulu menerima tempahan bagi penghantaran secara bayaran tunai menerusi aplikasi penghantaran syarikat masing-masing.

Selepas itu, para penipu akan meminta nombor telefon bimbit mangsa menerusi aplikasi penghantaran, dengan alasan seolah-olah untuk membuat bayaran bagi penghantaran itu.

Mereka akan mendakwa bahawa perbuatan itu adalah untuk tujuan pemindahan wang menerusi DBS PayLah!.

Para mangsa kemudian akan menerima kata laluan sekali sahaja (OTP) yang meminta mereka untuk log masuk akaun PayLah! mereka dan menekan OTP masing-masing, dengan tanggapan bahawa ia diperlukan untuk menerima bayaran bagi khidmat penghantaran mereka.

"Sejurus kemudian, para mangsa akan menerima pemberitahuan bahawa akaun PayLah! mereka akaun telah dihubungkan dengan akaun Google Pay," menurut polis.

Sebaik sahaja tiba di tempat penghantaran, mangsa akan menyedari bahawa tiada seorang pun yang akan menerima penghantaran itu.

Mereka kemudian akan menemui transaksi yang tidak diketahui di akaun bank mereka.

Pihak polis menggesa orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga seperti mengesahkan urus niaga mereka sebelum menekan OTP mereka; memaklumkan pihak bank dengan serta-merta jika akaun PayLah! mereka dihubungkan dengan akaun lain tanpa kebenaran mereka; dan melaporkan serta-merta sebarang urus niaga palsu kepada bank masing-masing. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan