Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Awas SMS palsu minta pengguna Android muat turun aplikasi 'antipenipuan'

Anggaran Waktu Membaca:
Awas SMS palsu minta pengguna Android muat turun aplikasi 'antipenipuan'

(Gambar: Pasukan Polis Singapura)

Diterbitkan : 16 Jul 2023 10:33PM Dikemas Kini : 16 Jul 2023 11:14PM
SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Ahad (16 Jul) memberi amaran tentang kiriman SMS palsu yang menyamar sebagai "pusat antipenipuan (ASC)".

"Dalam jenis penipuan ini, orang ramai akan menerima kiriman SMS palsu daripada 'ASC', meminta mereka memuat turun satu aplikasi "antipenipuan" bagi memastikan keselamatan peranti mereka dijaga," kata polis.

"SMS palsu itu akan mengarahkan orang awam ke pautan URL yang membawa kepada fail Kit Pakej Android (APK), iaitu aplikasi dicipta bagi sistem operasi Android kononnya dari 'ASC'.

Laman web palsu itu mempunyai ikon untuk memuat turun aplikasi "antipenipuan". Sejurus ia dimuat turun, pengguna Android diminta untuk membenarkan khidmat mengakses peranti tersebut.

Meskipun aplikasi palsu itu mendakwa ia membantu mengenal pasti dan mencegah penipuan dengan menyediakan perlindungan dan keselamatan menyeluruh, ia sebenarnya akan membolehkan penipu mendapat akses kepada peranti dari jarak jauh.

"Orang ramai dinasihatkan agar jangan memuat turun mana-mana fail APK yang mencurigakan dalam peranti mereka kerana ia mungkin mengandungi perisian hasad (malware) yang membolehkan penipu mempunyai akses dan mengawal peranti tersebut dari jarak jauh serta mencuri kata laluan yang disimpan dalam peranti berkenaan," kata polis.

LANGKAH BERJAGA-JAGA

Orang ramai dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memuat turun aplikasi antiperisian hasad dan antivirus dalam peranti mereka.

Mereka juga harus mematikan pilihan "muat turun aplikasi tidak dikenali" atau "sumber tidak dikenali" pada setting telefon bimbit mereka.

Pengguna juga harus memeriksa butiran pencipta aplikasi dalam senarai aplikasi, jumlah muat turun dan ulasan pengguna untuk memastikan sama ada aplikasi itu mempunyai reputasi baik dan sah, tambah polis.

Sebarang urus niaga palsu harus dilaporkan kepada pihak bank dengan segera.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan