Awas! S$1.8 juta hangus akibat penipuan sewa libatkan ejen hartanah palsu
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: CNA/Jeremy Long
SINGAPURA: Lebih 280 orang menjadi mangsa penipuan sewa, melibatkan ejen hartanah palsu, antara Julai dan November. Secara keseluruhannya, sekurang-kurangnya S$1.8 juta hangus angkara penipuan demikian.
Demikian menurut polis dalam satu kenyataan pada Isnin (11 Dis).
Dalam jenis penipuan berkenaan, mangsa didesak ejen hartanah palsu untuk membuat pembayaran bagi mendapatkan peluang untuk meninjau atau menyewa hartanah.
Mangsa akan biasanyamenjawab tawaran hartanah sewa yang ditaja di beberapa platform online atau laman web seperti Facebook, Carousell serta laman pengiklanan sewa, dengan jumlah mangsa terbesar memberi respons kepada penyenaraian di Facebook.
Mereka biasanya akan berhubungan dengan penipu melalui WhatsApp menggunakan nombor yang tertera pada senarai sewa itu. Semasa berhubungan, penipu akan berpura-pura menjadi ejen hartanah yang berdaftar dengan Majlis Agensi Hartanah (CEA).
Mereka akan memperdaya mangsa tentang kelayakan mereka dengan menghantar gambar nombor pendaftaran CEA mereka, kad bisnes, serta gambar atau video atau lawatan maya hartanah yang ingin disewakan.
Bagaimanapun, nombor untuk dihubungi yang diberikan berbeza daripada nombor telefon sebenar yang berdaftar dengan CEA, kata polis.
Apabila mangsa bertanya jika mereka boleh melihat hartanah tersebut, penipu akan mendakwa terdapat permintaan tinggi untuk menyewa hartanah berkenaan. Mereka kemudian akan mendesak mangsa untuk membuat bayaran pendahuluan bagi mendapatkan hartanah tersebut.
Mangsa kemudian akan mendapati mereka telah ditipu sebaik sahaja penipu berhenti menghubungi mereka atau apabila mereka dihubungi ejen hartanah yang sah.
Dalam beberapa kes lain, mangsa diminta berjumpa dengan "pembantu peribadi" ejen hartanah palsu, yang akan membantu untuk melihat hartanah yang ingin disewa. Selepas meninjau hartanah tersebut, mangsa akan diminta untuk memberi butiran peribadi mereka bagi perjanjian penyewaan dan membuat bayaran sewa melalui pemindahan bank atau PayNow.
Namun, setelah pembayaran dibuat, penipu atau "pembantu peribadi" tersebut akan berhenti menghubungi mangsa.
Bagi kes sedemikian, sekurang-kurangnya 77 orang menjadi mangsa kepada kaedah penipuan tersebut antara Julai dan November, dengan sekurang-kurangnya S$473,000 lesap.
Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak bergantung kepada penyenaraian Facebook atau Carousell, ataupun jaminan yang diberi penipu menerusi WhatsApp.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.