Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Awas! Polis terima aduan penipu menyamar sebagai usahawan Peter Lim

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kakitangan Peter Lim membuat aduan polis mengenai penipu yang menyamar sebagai usahawan Singapura itu dan menawarkan nasihat online mengenai pelaburan. 

Polis pada Rabu (10 Aug) mengesahkan bahawa aduan itu dibuat. 

Encik Lim, 69 tahun, mempunyai nilai bersih sekitar AS$2.4 bilion (S$3.3 bilion), menurut Forbes. Beliau adalah pemilik kelab bola sepak Sepanyol Valencia. 

Jurucakap Encik Lim memberitahu Mediacorp bahawa penipu itu mendakwa dirinya Encik Lim dan memberikan nasihat serta kursus mengenai perdagangan saham di pelbagai platform seperti Telegram dan WhatsApp.

Dua laporan polis dibuat pada 20 Jun dan 2 Ogos, kata jurucakap itu. 

"Catatan tersebut dipercayai menjadi viral dengan cepat, sedang pejabat Encik Lim dimaklumkan oleh ramai kenalannya," ujar jurucakap berkenaan, sambil menambah bahawa jumlah orang yang menerima mesej itu tidak diketahui. 

Petikan gambar perbualan menunjukkan seorang individu yang menggunakan nama "Peter Lim" dan gambar usahawan itu menghantarkan mesej di kumpulan sembang Telegram dan WhatsApp. 

Mesej-mesej yang tertera dalam bahasa Inggeris dan Mandarin itu dihantarkan kepada kumpulan-kumpulan sembang yang mempunyai antara 80 dengan 140 anggota. 

Dalam petikan itu, seorang individu yang menyamar sebagai Encik Lim memberitahu kumpulan sembang tersebut mengenai "saham yang mesti diraih" untuk dibeli dan menawarkan analisis portfolio.

(Gambar: Pejabat Peter Lim)

Salah satu petikan gambar juga menunjukkan pelaku itu sedang berbual dengan seorang lagi individu yang mendakwa dirinya Joel Greenblatt, iaitu seorang pelabur di Amerika Syarikat dan profesor tambahan di Universiti Columbia.

(Gambar: Pejabat Peter Lim)

Jumlah skim penipuan pelaburan di Singapura meningkat lebih seganda kepada 2,476 kes pada 2021 berbanding 2020, menyumbang kepada kenaikan ketara jumlah skim penipuan.

Skim penipuan pelaburan juga menyebabkan mangsa kehilangan paling banyak duit berbanding jenis-jenis skim penipuan lain, dengan kerugian S$190.9 juta tahun lalu.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan