Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Awas! Penipuan perisian hasad Android boleh mulakan semula setting telefon bimbit, lebih S$10 juta lesap separuh pertama 2023: Polis

Anggaran Waktu Membaca:
Awas! Penipuan perisian hasad Android boleh mulakan semula setting telefon bimbit, lebih S$10 juta lesap separuh pertama 2023: Polis

(Gambar: Pasukan Polis Singapura)

SINGAPURA: Polis pada Rabu (20 Sep) mengeluarkan nasihat mengenai sejenis penipuan perisian hasad Android yang baharu.

Penipu akan memulakan semula setting telefon bimbit yang terjejas selepas perisian tersebut melakukan transaksi yang tidak dibenarkan pada aplikasi perbankan online.
 
Mangsa akan terjumpa iklan dari pelbagai perkhidmatan, seperti membersihkan rumah dan penjualan makanan di palform media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Mangsa kemudian akan menghubungi "penjual" melalui platform tersebut atau menghantar mesej melalui Whatsapp. Selepas itu, "penjual" berkenaan akan menghantar pautan URL untuk dimuat turun mangsa.

Pautan fail Kit Pakej Android (APK), itu adalah sebuah aplikasi yang direka buat sistem operasi Android.

Mangsa kemudian akan memuat turun aplikasi tersebut yang termasuk membenarkan akses kepada telefon bimbit.

Mereka akan diarahkan untuk memindahkan S$5 melalui PayNow sebagai deposit.

"Tanpa disedari mangsa, butiran perbankan online mereka akan dicuri fungsi 'keylogging' perisian hasad itu setelah wang dipindahkan," kata polis.

"Selepas penipu mendapat akses dan melakukan urus niaga yang tidak dibenarkan, mereka akan aktifkan operasi memulakan semula setting peranti mangsa."

Mangsa akan hanya sedar transaksi yang tidak dibenarkan selepas menghubungi bank mereka atau apabila mereka memasang semula aplikasi perbankan pada peranti mereka.

Polis mengingatkan orang ramai akan bahaya memuat turun aplikasi telefon bimbit dari pihak ketiga atau laman web yang mencurigakan.

Mereka juga menasihatkan orang ramai supaya melakukan langkah berjaga-jaga, seperti menggunakan aplikasi ScamShield, menghidupkan setting ciri-ciri keselamatan seperti pengesahan dua faktor dan setting had jumlah transaksi pada aplikasi perbankan online mereka.

Para pengguna harus memuat turun aplikasi daripada kemudahan aplikasi rasmi, seperti Google Play bagi Android. Mereka juga harus berjaga-jaga jika diminta untuk memuat turun aplikasi yang tidak dikenali untuk membeli barang atau perkhidmatan di media sosial.

Mereka yang mengesyaki sudah memuat turun aplikasi yang berbahaya, atau mengesyaki telefon bimbit mereka sudah ditembusi perisian hasad, dinasihati untuk mengambil langkah demikian:

Tukar telefon bimbit kepada mod penerbangan

Lakukan imbasan antivirus pada telefon bimbit

Periksa akaun bank, Singpass dan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka bagi sebarang transaksi yang tidak dibenarkan serta melaporkannya kepada bank, pihak berkuasa berkaitan dan polis.

Selepas melakukan langkah-langkah tersebut, orang ramai boleh menggunakan telefon bimbit mereka seperti biasa jika mereka percaya ia tidak dijangkiti perisian.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, anda boleh menimbangkan untuk memulakan semula setting telefon bimbit anda (factory reset) dan menukar kata laluan yang penting," tambah polis.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan