Awas! Penipuan pancingan data penghantaran bungkusan jelang musim perayaan, kata polis
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: SPF
SINGAPURA: Sempena musim perayaan ini, Pasukan Polis Singapura (SPF) sekali lagi mengingatkan orang ramai agar berjaga-jaga terhadap penipuan pancingan data melibatkan penghantaran bungkusan.
Sekurang-kurangnya 360 orang menjadi mangsa kepada penipuan sedemikian pada 11 bulan pertama tahun ini, dengan lebih S$560,000 lesap.
Demikian menurut SPF dalam satu makluman yang dikeluarkan pada Jumaat (15 Dis).
Mangsa biasanya akan menerima kiriman mesej atau emel, yang memerlukan pembayaran tambahan bagi memudahkan penghantaran barangan dibuat.
"Teks mesej atau emel ini biasanya direka untuk kelihatan seolah-olah ia dihantar oleh syarikat logistik pos dan e-dagang seperti Singapore Post dan akan mengandungi pautan pancingan data," jelas polis.
Mereka yang mengklik pautan tersebut, akan dirujuk ke laman palsu, di mana mereka akan dikehendaki menyediakan butiran peribadi serta maklumat perbankan mereka. Mereka akan hanya menyedari sudah ditipu apabila mengesan transaksi yang tidak dibenarkan di akaun bank atau kad kredit mereka.

Menjelang tempoh perayaan akan datang dan beli-belah online besar-besaran - Krismas, Tahun Baharu dan Tahun Baharu Cina - orang ramai dinasihati agar bersikap lebih berjaga-jaga terhadap penipuan sedemikian," kata polis. Tambahnya caj penghantaran biasanya dibayar terlebih dahulu apabila pembelian dibuat.
"SingPost tidak akan pernah menghantar teks mesej atau emel, yang meminta pembayaran tambahan melalui pautan yang menuntut anda memberikan maklumat peribadi atau perbankan anda kepada SingPost."
Pembayaran kepada SingPost hanya boleh dibuat menerusi aplikasi mudah alih khidmat pos, mesin SAM dan pejabat pos.
Polis menasihati orang ramai agar selalu memeriksa kesahihan maklumat dengan laman atau sumber rasmi, meskipun sudah menjangkakan untuk menerima penghantaran bungkusan.
Orang ramai juga diingatkan supaya tidak mengklik pautan yang disediakan dalam mesej atau emel tanpa diminta.
Sebagi langkah berjaga-jaga, orang ramai juga digalak mengambil langkah seperti menggunakan aplikasi ScamShield dan pengesahan dua faktor bagi transaksi bank.
Orang ramai juga harus memeriksa tanda-tanda penipuan menggunakan sumber rasmi seperti melayari www.scamalert.sg atau menghubungi talian bantuan antipenipuan, serta memeriksa butiran transaksi sebelum meluluskan sebarang transaksi sedemikian.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.