Awas! Penipu samar diri jadi teknisyen, pegawai Singtel
Singtel pada Rabu (28 Ogos) memberi amaran tentang penipuan yang cuba memancing butiran peribadi para pelanggannya.

(Gambar fail: Reuters)
SINGAPURA: Singtel pada Rabu (28 Ogos) memberi amaran tentang penipuan yang cuba memancing butiran peribadi para pelanggannya.
Menurut Singtel, pihaknya menerima aduan mengenai para pemanggil yang mendakwa bahawa mereka adalah teknisyen atau pegawai khidmat pelanggan syarikat itu yang kononnya berupaya mengesan kerosakan pada khidmat Internet pelanggan.
Para penipu ini kemudian akan meminta butiran peribadi termasuk nombor kad pengenalan (NRIC), kata laluan Wi-Fi dan nombor alat penghala (router).
"Ini jelas satu penipuan," tegas syarikat itu. "Singtel tidak akan meminta kata laluan Wi-Fi dan nombor alat penghala semasa membuat panggilan untuk mengesan kerosakan pada khidmat kami."
Singtel menasihati para pelanggan supaya jangan mengongsi sebarang maklumat peribadi - termasuk kata laluan - dengan pemanggil yang tidak dikenali, dan tidak mengklik pautan URL yang dihantar melalui nombor yang tidak dikenali.
Para pelanggan juga dinasihati supaya jangan melayan panggilan yang mencurigakan.
Pelbagai syarikat dan agensi pemerintah semakin kerap mengeluarkan amaran tentang penipuan sedemikian sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.