Awas! Penipu guna salinan digital kad pengenalan untuk buka akaun pembayaran
Para penipu kini menggunakan salinan digital kad pengenalan Singapura yang disunting untuk membuka akaun pembayaran, yang kemudiannya digunakan bagi kegiatan haram, demikian amaran yang diberikan oleh polis dalam satu kenyataan media pada Rabu (12 Nov).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para penipu kini menggunakan salinan digital kad pengenalan Singapura yang disunting untuk membuka akaun pembayaran, yang kemudiannya digunakan bagi kegiatan haram, demikian amaran yang diberikan oleh polis dalam satu kenyataan media pada Rabu (12 Nov).
Selepas mendapatkan salinan digital kad pengenalan, para penipu akan menggunakan alat digital untuk menggantikan gambar pada kad itu dengan gambar yang baharu.
Salinan yang disunting itu kemudian akan diserahkan online untuk membuka akaun pembayaran dengan institusi kewangan.
Apabila penyedia khidmat pembayaran melakukan semakan pengesahan pengguna menggunakan pemeriksaan wajah secara langsung (facial liveness), penipu itu akan mengarahkan seorang rakan subahat yang gambarnya digunakan dalam kad yang disunting itu supaya menyamar sebagai individu yang identitinya tertera dalam kad pengenalan tersebut, menurut polis.
Beberapa kad pengenalan yang disalahgunakan itu adalah milik mangsa skim penipuan yang sebelum ini menyediakan salinan digital kad pengenalan mereka kepada para paenipu.
"Sebaik sahaja berjaya membuka akaun tersebut, para penipu akan menggunakan akaun itu bagi tujuan haram, seperti untuk menerima duit hasil penipuan daripada mangsa," menurut polis.
Penguasa Kewangan Singapura (MAS) memaklumkan kepada semua institusi kewangan mengenai helah itu, dan para penyedia yang terjejas sudah pun mengukuhkan langkah masing-masing, menurut polis.
“Institusi kewangan juga diingatkan supaya meneliti dan memastikan proses pendaftaran pelanggan mereka cukup kukuh untuk mengelakkan penipu daripada mengeksploitasi perkhidmatan mereka,” tambah kenyataan itu.
Polis menegaskan bahawa Agensi Keselamatan Siber (CSA) Singapura menggalakkan perniagaan supaya menggunakan Singpass bagi tujuan pengesahan pengguna, dan bukannya salinan digital kad pengenalan bagi urus niaga online yang sensitif seperti penciptaan khidmat pembayaran atau pembukaan akaun bank.
Perniagaan juga digesa supaya memantau dan melaporkan sebarang urus niaga yang mencurigakan apabila akaun baharu dicipta.
Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak berkongsi dokumen pengenalan peribadi mereka tanpa mengesahkan kesahihan dan tujuan pihak yang memintanya terlebih dahulu.
Sesiapa yang didapati bersalah memalsukan dokumen atau rekod elektronik dengan niat untuk menggunakannya bagi tujuan menipu boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.