Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Awas! Pekerja khidmat penghantaran jadi sasaran skim penipuan kad hadiah iTunes

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Selasa (10 Mei) memberi amaran tentang kemunculan semula skim penipuan yang menyasarkan pekerja khidmat penghantaran. 

Terdapat beberapa orang yang menjadi mangsa skim tersebut sejak April, dengan kerugian berjumlah sekurang-kurangnya S$2,000, menurut SPF. 

Dalam skim jenis pertama, pelaku akan menghantar permohonan menerusi platform penghantaran. 

Mereka kemudian akan menghubungi pekerja penghantaran yang bertugas dan meminta bantuan untuk membeli kad hadiah iTunes daripada kedai serbaneka di tempat mengambil barang dan menghantar kad tersebut kepada tempat untuk menghantar barang tersebut. 

Penipu itu kemudian akan meminta penghantar berkenaan untuk mengerik dan memberitahu kod di belakang kad tersebut dan menghantar gambar kod sebagai bukti pembelian. 

Setelah pekerja penghantaran berbuat sedemikian, penipu itu tidak boleh dihubungi dan tidak membayar balik bayaran yang sudah dibuat pekerja berkenaan untuk membeli kad hadiah tersebut. 

Dalam skim jenis kedua pula, agensi kiriman wang akan diletakkan sebagai tempat mengambil barang untuk dihantar. 

Penipu kemudian akan menghubungi penghantar yang ditugaskan dan memintanya memindahkan sejumlah wang kepada satu akaun luar negara, dengan menjanjikan upah sekurang-kurangnya S$100 bagi setiap kiriman. 

Mangsa kemudian akan sedar mereka ditipu apabila pelaku tidak boleh lagi dihubungi dan mendapati bahawa tiada orang berada di lokasi penghantaran untuk membuat bayaran bagi kiriman tersebut. 

LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH JENAYAH

Polis menasihatkan orang awam supaya mengamalkan langkah-langkah mencegah jenayah yang berikut: 

Jangan terima tawaran kerja yang mencurigakan dan menawarkan upah yang tinggi untuk usaha yang tidak seberapa. 

Jangan bantu sesiapa pun yang belum pernah anda temui dengan sebarang pemindahan wang, termasuk kiriman wang ke luar negara. 

Jangan berikan kod kad hadiah tanpa menerima bayaran terdahulu. 

Buat laporan serta-merta tentang pelaku itu kepada khidmat pengguna platform penghantaran.

Menyediakan khidmat kiriman wang tanpa lesen adalah satu kesalahan yang membawa kepada hukuman denda sehingga S$125,000, penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, menurut SPF. 

Untuk lebih keterangan tentang skim-skim penipuan, orang ramai boleh mengunjungi www.scamalert.sg atau menghubungi Hotline Anti Skim Penipuan di 1800-722-6688. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan