Awas! Ninja Van beri amaran kes penipuan, penyamar kirim mesej di Whatsapp
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Ninja Van)
SINGAPURA: Syarikat logisitk Ninja Van memberi amaran kepada orang awam tentang penipuan yang sedang berlaku di Whatsapp melibatkan individu yang menyamar sebagai kakitangannya.
Syarikat itu menyatakan dalam satu kenyataan pada Jumaat (23 Jun) bahawa ia diberitahu tentang insiden melibatkan seorang mangsa yang ditipu untuk menyertai tinjauan melalui Whatsapp.
Dari maklumat yang dikumpulkan setakat ini, mangsa akan menerima mesej Whatsapp daripada nombor telefon luar negara yang menyamar sebagai kakitangan Ninja Van.
Awal minggu ini, platform penghantaran makanan dan tempahan Oddle Eats menghantar e-mel kepada pelanggannya dan memberi amaran tentang penipuan yang mempunyai pendekatan serupa.

Ninja Van menyatakan ia sudah memuat naik nasihat awam terhadap penipuan Whatsapp di lamannya.
CARA PENIPUAN DILAKUKAN
Pada 6 Jun, seorang mangsa menerima mesej Whatsapp daripada nombor telefon tidak dikenalinya, yang kononnya kakitangan Ninja Van dan dia diminta untuk melengkapkan satu tinjauan.
Selepas itu, mangsa diarahkan supaya menghubungi seseorang menerusi aplikasi mesej Telegram.
Di Telegram, individu itu meminta nombor telefon mangsa untuk melakukan pindahan wang melalui PayNow. Mangsa mengikut arahannya dan berkongsi nombor telefonnya.
Selepas itu, mangsa menerima S$15 menerusi PayNow daripada akaun yang dikaitkan dengan individu bernama "Ayu Yuliana Binte Zahari".
"Mangsa bernasib baik, dia tidak membuat sebarang pindahan wang kepada penipu," tambah Ninja Van.
MENANGANI PENIPUAN
Dalam amarannya pada Jumaat, Ninja Van menasihatkan orang awam agar berwaspada dan mengambil kangkah-langkah berjaga-jaga seperti berikut.
TAMBAH: Muat turun aplikasi telefon bimbit Scamshield dan tetapkan ciri-ciri keselamatan.
Aktifkan pengesahan dua faktor bagi akaun bank, media sosial dan Singpass.
Tetapkan had pindahan pada urus niaga perbankan, termasuk PayNow.
PERIKSA: Periksa tanda-tanda penipuan dengan sumber rasmi.
Ninja Van Singapura hanya akan menghubungi pelanggan menerusi saluran rasmi, seperti sistem pemesejan sosialnya NinjaChat, akaun media sosial dan Whatsappnya yang disahkan atau alamat e-mel yang berakhir dengan ‘ninjavan.co’.
LAPORKAN: Maklumkan kepada pihak berkuasa, keluarga dan rakan anda tentang penipuan. Buat aduan terhadap penipu kepada pihak relevan.
Ninja Van menambah bahawa pelanggan boleh menghubungi perkhidmatan pelangannnya di Singapura di talian +65 6602 8271 atau bercakap dengan ejennya melalui NinjaChat secara langsung untuk mendapatkan bantuan.
Untuk maklumat lanjut mengenai penipuan, orang ramai boleh ke www.scamalert.sg atau menghubungi talian Antipenipuan di 800-722-6688.
Orang ramai juga boleh menghubungi talian polis di 1800-255-0000 atau menyerahkan permintaan online di www.police.gov.sg/iwitness bagi maklumat berkaitan jenayah demikian.

Sumber : Today/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.