Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Awas! krim untuk bayi, wanita hamil ini didapati mengandungi steroid

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Krim yang disasarkan kepada bayi dan wanita hamil adalah antara produk yang dimasukkan ke dalam senarai waspada kerana mengandungi bahan berbahaya termasuk steroid. Demikian menurut Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada Isnin (14 Nov).

Orang awam dinasihatkan agar tidak membeli atau menggunakan produk-produk berikut:
  • Kapsul AlphaMiracHERBS
  • Kapsul Shu Jin
  • Jolicare Baby Cream
  • Jolicare Collagen Cream
  • Jolicare Original Cream

Produk Jolicare dijual di platform e-komersil (laman web syarikat, Carousell, Lazada dan Shopee) tempatan dan platform media sosial (Facebook, Instagram dan Tiktok).

Pihak berkuasa menyatakan ia dimaklumkan mengenai penjualan online krim melalui sejumlah maklum balas.

Seorang pegawai farmasi dilaporkan berasa curiga mengenai krim bayi berkenaan apabila penyakit kronik ekzema seorang bayi tiga tahun bertambah baik secara tidak diduga setelah menggunakannya selama tiga hari. Seorang doktor juga terjumpa produk tersebut di dalam kumpulan sembang media sosial di antara kaum ibu.

Produk itu dipromosikan secara palsu sebagai "asli, herba" dan "dibuktikan berkesan" bagi sejumlah penyakit kulit, seperti ekzema, jangkitan kulat dan psoriasis, menurut HSA.

HSA menambah bahawa produk tersebut tidak diluluskan oleh pihaknya.

Ia juga menyatakan bahan-bahan tersebut dapat menimbulkan risiko kesihatan serius terutama pada bayi, kanak-kanak dan wanita hamil jika digunakan tanpa penyeliaan perubatan.

Pihak itu juga menambah bahawa ia sudah bekerjasama dengan pentadbir platform untuk memadamkan produk-produk yang disenaraikan dan siasatan sedang dijalankan.

HSA menggesa pengguna produk tersebut supaya berjumpa dengan doktor secepat mungkin.

Jika seseorang berhenti menggunakan produk tersebut secara tiba-tiba tanpa pengawasan perubatan, ia akan memburukkan lagi keadaan atau mengalami keadaan kesihatan yang serius seperti kekurangan hormon, menurut HSA.

Pihak berkuasa juga sudah memberi amaran kepada penjual dan pembekal supaya segera berhenti menjual produk tersebut.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan