Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Awas kiriman SMS palsu seolah-olah anda terbuat 2 kali bayaran kepada Singtel

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Jika anda menerima kiriman SMS daripada Singtel yang menyatakan bahawa anda membuat dua pembayaran invois, abaikannya.

Ini kerana ia adalah SMS yang ingin memancing data para pelanggan.

Menurut Singtel, kiriman SMS yang seolah-olah dikirimkan oleh syarikat telekomunikasi itu, menyarankan agar para pelanggan klik pada pautan yang tertera untuk mendapatkan bayaran balik.

"Padamkan SMS tersebut. Jangan dedahkan maklumat peribadi atau perbankan internet serta OTP anda kepada sesiapa pun.

"Awas, ia merupakan penipuan SMS," tambah Singtel.

BAGAIMANA LINDUNGI DIRI?

Di lamannya, Singtel memberikan panduan untuk para pelanggan melindungi diri daripada termakan dengan penipuan SMS tersebut.

"Jika anda menerima kiriman SMS itu, jangan dibuka dan segera padamkannya," menurut Singtel.

Ia juga menasihatkan para pelanggan supaya waspada terhadap skim penipuan yang bertujuan untuk memancing data.

Berikut langkah-langkah yang boleh anda ambil:

Jangan klik pada pautan URL yang tertera dalam kiriman mesej dan emel yang tidak diminta.

Sentiasa dapatkan pengesahan bagi maklumat menerusi laman atau sumber-sumber rasmi.

Jangan dedahkan butiran peribadi mahupun perbankan internat dan OTP kepada sesiapa pun.

Laporkan sebarang caj palsu kepada kad kredit atau debit anda dan segera batalkan kad tersebut.

Sumber : BERITA Mediacorp/NK/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan