Awas! Kini ada penipuan 'panggilan rakan palsu' baru libatkan pautan berniat jahat, perisian hasad
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar Fail: iStock/Diy13)
SINGAPURA: Polis memberi amaran terhadap varian baru kes penipuan "panggilan rakan palsu", yang mana penipu menghantar pautan berniat jahat kepada mangsa dan meminta bantuan mereka untuk melakukan tugasan mudah.
Antara tugasan yang diberikan termasuk membuat pembelian, tempahan restoran atau penjejakan telefon yang hilang, kata polis pada Rabu (5 Julai).
Pautan itu kemudian akan membawa mangsa sama ada ke laman-laman pancingan data atau bagi memuat turun fail Kit Pakej Android (APK) berniat jahat, yang digunakan untuk mengedar dan menyertakan aplikasi pada telefon bimbit Android.
Penipuan panggilan rakan palsu itu merupakan "trend yang berterusan" di Singapura, tambah polis.
Dalam penipuan ini, mangsa biasanya akan menerima mesej atau panggilan daripada nombor telefon yang tidak diketahui, yang mana individu di talian itu akan meminta mangsa meneka identiti mereka.
Penipu itu kemudian akan berpura-pura menjadi individu yang disebutkan, dan mendakwa bahawa dia mempunyai nombor telefon baru dan meminta mangsa mengemas kini butirannya itu.
Sejak Januari 2023, sekurang-kurangnya 3,718 orang sudahpun menjadi mangsa penipuan itu, dengan jumlah kerugian sekurang-kurangnya S$12 juta, dedah polis.
Untuk varian baru itu, mangsa akan mendapati ada sebilangan urus niaga yang tidak dilakukan tanpa kebenaran dalam akaun bank atau kad bank mereka selepas memasukkan butiran mereka ke dalam laman pancingan data yang disediakan oleh penipu.
Sebaik sahaja mangsa memuat turun dan memasang perisian hasad (malware), penipu juga akan dapat mengakses peranti mangsa dari jauh, di mana mereka boleh mencuri kata laluan yang disimpan dalam peranti tersebut.
Dalam sebilangan kes, mangsa mungkin diarahkan ke laman log masuk aplikasi bank yang palsu untuk memasukkan butiran perbankan mereka untuk membuat bayaran dalam aplikasi itu.
Malware kemudian akan merakam butiran yang dikunci oleh mangsa di laman perbankan palsu dan menghantarnya kepada penipu.
Tanpa diketahui mangsa, penipu akan mengakses akaun perbankan mangsa untuk membuat urus niaga tanpa kebenaran.
Orang ramai diingatkan tentang bahaya memuat turun aplikasi daripada pihak ketiga atau laman yang mencurigakan, yang boleh menyebabkan perisian hasad dipasang pada peranti mereka.
Polis menyatakan orang ramai perlu mengamalkan langkah berjaga-jaga seperti menggunakan aplikasi ScamShield untuk mengelak dari menjadi mangsa penipuan sedemikian.
Orang ramai juga boleh menetapkan ciri keselamatan seperti membolehkan pemeriksaan keselamatan pengesahan dua faktor atau berbilang faktor bagi bank, atau menetapkan had transaksi terhadap urus niaga perbankan dalam talian.
Mereka juga harus mengemas kini sistem operasi dan aplikasi peranti mereka dengan kerap supaya dilindungi oleh langkah-langkah keselamatan terkini dan tidak memberikan kebenaran kepada permintaan-permintaan akses mencurigakan yang kerap timbul pada perkakasan atau data peranti mereka.
Apabila diminta memuat turun aplikasi yang tidak diketahui, orang ramai harus memeriksa maklumat pemaju dalam penyenaraian aplikasi serta bilangan muat turun dan ulasan pengguna untuk memastikan ia adalah aplikasi yang bereputasi dan sah.
Aplikasi hanya boleh dimuat turun dari Google Play Store rasmi untuk pengguna Android.
Orang ramai juga harus memeriksa tanda-tanda penipuan menggunakan sumber rasmi seperti melayari www.scamalert.sg atau menghubungi talian bantuan antipenipuan polis di 1800-722-6688 apabila berasa ragu-ragu.

Sumber : Today/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.