Skip to main content

Singapura

Awas, jangan terpedaya dengan tawaran bantuan zakat ini!

Anggaran Waktu Membaca:
Awas, jangan terpedaya dengan tawaran bantuan zakat ini!

Iklan palsu tentang bantuan kewangan zakat MUIS. (Gambar: MUIS/Facebook)

Diterbitkan : 01 Mar 2025 02:52PM Dikemas Kini : 01 Mar 2025 02:53PM
SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) memberi amaran mengenai iklan palsu yang mendakwa seolah-olah orang ramai boleh memohon bantuan zakat secara online.

Iklan itu turut mendakwa bahawa para pemohon boleh menerima bantuan sebanyak S$1,000 dengan mengisi borang yang dipautkan dengan iklan tersebut.
MUIS menegaskan bahawa ia tidak memproses permohonan bantuan kewangan zakat secara online.

Permohonan sebaliknya hendaklah dibuat sendiri dengan bantuan pegawai pembangunan sosial di masjid-masjid tempatan merata negara.

MUIS menasihati orang ramai supaya jangan menekan pautan, berkongsi butiran peribadi atau menyebarkan iklan palsu tersebut. Laporkan penipuan itu kepada info [at] muis.gov.sg.

Jika anda telah menjadi mangsa kepada penipuan tersebut, anda dinasihatkan supaya segera menghubungi pihak polis di talian 1800-255-0000 atau www.police.gov.sg/i-Witness.

Untuk mendapatkan maklumat rasmi mengenai bantuan zakat MUIS, anda boleh menghubungi MUIS di talian 6359 1199 (Isnin–Jumaat, 8.30 pagi hingga 5.30 petang atau melungsuri laman rasmi MUIS.
Sumber : BERITA Mediacorp/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita