Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Awas! Jangan terpedaya dengan penipuan terbaru ini

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati terhadap penipuan yang melibatkan isu-isu berkaitan pasport.

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) mengeluarkan makluman berkenaan pada Rabu (20 Apr) setelah menerima maklum balas baru-baru ini daripada orang ramai tentang panggilan daripada nombor-nombor yang bermula dengan "+65". 

"Sesetengah panggilan tersebut turut membawakan mesej suara automatik yang memberitahu penerima seolah-olah permohonan pasport mereka ditolak atau pasport mereka sudah dibatalkan," menurut ICA dalam catatan Facebooknya. 

"Panggilan-panggilan lain termasuk para penipu akan meminta butiran peribadi penerima, seperti nombor kad pengenalan diri (NRIC) mereka." 

ICA menegaskan bahawa panggilan-pangilan sedemikian tidak dilakukan oleh para pegawainya. 

Sekiranya terdapat keperluan untuk menerangkan hal-hal berkaitan pasport dengan para pemohon, para pegawai ICA hanya akan menggunakan talian tetap tanpa "+65" untuk menghubungi individu-individu tersebut. 

ICA menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dan jangan mendedahkan butiran peribadi mereka apabila menerima panggilan-panggilan daripada nombor-nombor "+65" berhubung isu-isu pasport. 

Penguasa tersebut turut mendedahkan bahawa ia menerima bilangan permohonan pasport "yang tidak pernah berlaku sebelum ini" sejak Mac 2022 dan permohonan pasport akan mengambil masa yang lebih panjang untuk diproses disebabkan oleh permintaan yang tinggi itu.

"Kami memohon pemahaman rakyat Singapura bahawa lebih banyak masa diperlukan untuk memproses permohonan pasport mereka," menurut ICA. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan