Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Awas! Jangan terpedaya dengan individu yang menyamar sebagai pegawai hak cipta intelektual

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Selasa (12 Apr) memberi amaran terhadap skim penipuan baru, yang mana mangsa menjadi sasaran menerusi panggilan telefon oleh individu yang menyamar sebagai pegawai dari Pejabat Hak Cipta Intelektual Singapura (IPOS). 

Beberapa orang awam membuat aduan polis dalam bulan ini, menurut polis dalam satu kenyataan media. Namun, setakat ini, tiada kerugian yang dilaporkan. 

Dalam kes-kes itu, mangsa menerima panggilan telefon daripada seseorang yang mendakwa dirinya adalah seorang pegawai IPOS, kadangkala dengan nombor palsu hotline IPOS - 6339 8616. 

Pemanggil itu memberitahu mangsa bahawa mereka sedang disiasat atas kesalahan-kesalahan yang melibatkan pelanggaran tanda perniagaan (trademark) atau hak cipta. 

Mangsa yang menafikan dakwaan tersebut akan diberitahu bahawa maklumat peribadi mereka disalahgunakan dan diperlukan untuk melaporkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang. 

Mangsa kemudian akan dirujuk kepada seorang lagi pemanggil untuk membuat aduan dan diminta untuk memberikan maklumat peribadi seperti butiran pasport, alamat rumah dan maklumat log masuk akaun media sosial. 

Dalam beberapa kes pula, mangsa akan disuruh ke pejabat IPOS. 

Sekiranya mereka tidak boleh melakukan perjalanan ke pejabat IPOS, mereka diminta memberikan maklumat peribadi untuk memudahkan siasatan. 

Mangsa hanya menyedari bahawa mereka ditipu apabila mereka menelefon hotline rasmi IPOS untuk bertanya tentang panggilan yang diterima. 

Polis menasihatkan orang awam supaya mengambil langkah-langkah berikut: 

Jangan menerima panggilan sedemikian dan jangan mematuhi arahan pemanggil. IPOS tidak akan meminta maklumat peribadi, memaklumkan tentang kes-kes pencabulan, merujuk anda untuk membuat bayaran ataupun menghubungi anda tentang sebarang proses memfail IP di luar negara menerusi panggilan telefon, kiriman SMS ataupun emel. 

Jangan memberitahu maklumat peribadi kepada sesiapa, termasuk keluarga dan kawan-kawan. 

Jika berasa ragu, hubungi IPOS di ipos_enquiry [at] ipos.gov.sg atau di 6339 8616. 

Mereka yang mempunyai maklumat tentang jenayah sedemikian boleh menghubungi hotline polis di 1800-255-0000, atau menghantarnya online. 

Semua maklumat akan dirahsiakan. 

Untuk maklumat lanjut tentang skim-skim penipuan, orang awam boleh mengunjungi www.scamalert.sg atau menghubungi Hotline Anti Skim Penipuan di 1800-722-6688.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan