Awas! Jangan guna krim kulit ini kerana ada kesan sampingan teruk
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: HSA)
SINGAPORE: Seorang wanita dalam lingkungan 50-an tahun mengalami masalah keradangan serta kesan sampingan lain, selepas menggunakan krim kulit yang mengandungi steroid yang kuat.
Demikian menurut Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada Isnin (26 Ogos).
Orang awam dinasihatkan untuk tidak membeli atau menggunakan krim rawatan kulit Touch Skin by DermaCare Skin, tambah HSA.
Menurut HSA, krim tersebut yang mendakwa dapat melegakan ekzema, cacar air dan gigitan serangga, mengandungi steroid kuat, iaitu betamethasone valerate.
Ia adalah steroid kuat yang biasanya digunakan untuk masalah keradangan, dan krim tersebut hanya boleh digunakan di bawah pemantauan perubatan.
Wanita itu sudah menggunakan produk tersebut selama lapan tahun, dan dia akan mengalami masalah keradangan sebaik sahaja dia berhenti menggunakan krim itu, tambah HSA.
Dia membeli produk tersebut di sebuah kedai di Orchard Road, dan terus-menerus membelinya daripada seorang penjual melalui WhatsApp, selepas kedai tersebut tutup pada 2020.
Pada Mei 2024, wanita itu mendapat tahu bahawa HSA mengeluarkan amaran tentang produk serupa yang bernama Special Skin Treatment, yang dicampur dengan clobetasol propionate, iaitu sejenis steroid yang kuat dan dijual di laman web touchskin.com.sg, yang kini telah diturunkan.
Oleh itu, dia berhenti menggunakan krim Touch Skin by DermaCare, namun mukanya menjadi merah, sensitif dan gatal-gatal dua hari kemudian.
Insiden itu dilaporkan kepada HSA, dengan siasatan mendedahkan bahawa kedua-dua krim,Touch Skin by DermaCare dan Special Skin Treatment, dijual oleh penjual yang sama.
Siasatan masih dijalankan, dedah pihak berkuasa tersebut.
PENGGUNAAN TANPA PEMANTAUAN BAGI KRIM MENGANDUNGI STEROID KUAT
"Penggunaan krim sedemikian pada jangka panjang tanpa pengawasan boleh menyebabkan kesan sampingan pada kulit yang sensitif, kulit menjadi tipis dan kesan sampingan steroid topikal (kulit terbakar, gatal-gatal dan menjadi merah jika seseorang itu berhenti menggunakan steroid topikal secara tiba-tiba, selepas menggunakan buat tempoh yang lama)," dedah HSA.
HSA menambah bahawa krim tersebut "boleh diserap ke dalam badan dan menyebabkan kesan buruk yang serius apabila digunakan pada kulit atau digunakan dalam tempoh yang lama".
Kesan tersebut termasuk tekanan darah tinggi, katarak, masalah otot dan tulang, peningkatan risiko jangkitan, dan sindrom Cushing.
Sindrom Cushing berlaku apabila muka menjadi bulat, yang menjadikan wajah membulat ibarat "bulan", dan berat badan di bahagian atas tubuh meningkat, manakala tangan dan kaki kekal kurus.
HSA menggesa mereka yang menggunakan krim Touch Skin by DermaCare untuk berjumpa doktor secepat mungkin.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.