Awas! jangan beli atau minum "Kopi Penumbuk", dikesan kandungi ubat terkawal
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: SFA)
SINGAPURA: “Kopi Penumbuk”, produk kopi dari Malaysia dikesan mengandungi Tadalafil, iaitu ubat terkawal yang digunakan untuk merawat mati pucuk dan hanya boleh diambil di bawah pengawasan perubatan, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA).
SFA menasihatkan pengguna agar tidak membeli atau mengambil produk yang dipasarkan di platform e-dagang tempatan sebagai produk kopi dengan dakwaan mempunyai kesan peningkatan seksual bagi lelaki.
“SFA bekerjasama dengan pelbagai platform e-dagang online untuk mengeluarkan senarai produk ini dan mengeluarkan amaran kepada penjual agar menghentikan penjualan produk itu dengan serta-merta,” menurut agensi itu dalam kenyataan pada Isnin (10 Mac).
Menurut SFA, penggunaan Tadalafil yang tidak wajar adalah berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kesan sampingan serius, termasuk serangan jantung, angin ahmar, sakit kepala, migrain, degupan jantung tidak teratur serta priapisme.
Ia juga boleh menimbulkan risiko serius kepada individu tertentu, terutamanya mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung.
“Ia boleh menyebabkan tekanan darah rendah yang boleh mengancam nyawa individu yang mengambil ubat jantung, terutama yang mengandungi nitrat,” menurut SFA.
Penjualan makanan yang tidak selamat tidak dibenarkan di bawah Seksyen 15 Akta Jualan Makanan Singapura.
Jika sabit kesalahan, individu boleh didenda tidak melebihi S$5,000 dan dalam kes sabitan kedua atau seterusnya, denda tidak melebihi S$10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : Bernama/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.