Awas! Jangan beli atau guna produk 'Setia Herba'; ada bahan terlarang
Anggaran Waktu Membaca:
Produk Setia Herba yang mengandungi steroid kuat dan ubat antiradang. (Gambar: HSA)
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Orang ramai dinasihatkan supaya jangan membeli atau menggunakan produk "Setia Herba" yang dijual online, yang menurut Penguasa Sains Kesihatan (HSA) mengandungi steriod dan juga ubat penahan sakit bagi keradangan yang tidak diluluskan oleh pihak berkuasa.
Demikian menurut HSA dalam kenyataan medianya pada Selasa (2 Apr).
Menurut HSA, produk tersebut dilabel sebagai mengandungi "100 peratus herba asli" yang "selamat digunakan".
Sekalipun demikian, ujian yang dijalankan HSA mendapati produk itu mengandungi dua steriod kuat - deksametason dan prednisolon - dan juga ubat penahan sakit bagi keradangan - diklofenak.
Seorang pengguna yang mengalami sakit lutut, mula berasa lega selepas menggunakan "Setia Herba" yang dibeli daripada aplikasi TikTok.
Rakannya memaklumkan kepada HSA mengenai kes itu.
"Setia Herba" dipasarkan online sebagai "huraian produk kesihatan tradisional" yang boleh melegakan sakit sendi dan gout. Ia juga dipasarkan dengan "sijil ujian makmal" untuk memperdaya pelanggan supaya yakin produk itu selamat, menurut kenyataan HSA lagi.
"Setia Herba" juga dijual di platform-platform e-dagang tempatan seperti Shopee, Carousell dan Lazada.
Menurut HSA, pihaknya sudah bekerjasama dengan pentadbir platform tersebut untuk menurunkan produk itu daripada platform masing-masing.
Tinjauan Mediacorp di platform-platform e-dagang tersebut setakat pukul 10.30 pagi, menunjukkan produk "Setia Herba" masih dijual di platform Lazada dan TikTok.

KESAN BERBAHAYA GUNA PRODUK STEROID, PENAHAN SAKIT KERADANGAN
Deksametason dan prednisolon , adalah steroid berbahaya yang biasanya diberikan oleh doktor bagi keadaan keradangan dan seharusnya hanya digunakan di bawah pemantauan ketat.
Penggunaan steroid dalam jangka panjang tanpa pemantauan boleh menaikkan paras gula dalam darah dan boleh menyebabkan kencing manis, tekanan darah tinggi, katarak, gangguan otot dan tulang termasuk osteoporosis, risiko lebih tinggi bagi jangkitan dan Siindrom 'Cushing' termasuk muka bentuk bulat atau "muka bulan".
Penggunaan steroid yang dihentikan tanpa pemantauan perubatan yang betul boleh membawa kepada kesan sampingan dan kekurangan adrenal - iaitu kesan serius akibat berhenti menggunakan steroid, di mana badan tidak menghasilkan hormon steroid yang mencukupi selepas terlalu lama menggunakan steroid.
Ini boleh menyebabkan kelelahan, kelemahan, sakit otot dan sendi, tekanan darah rendah dan sawan.
Diklofenak pula merupakan ubat penahan sakit bagi keradangan yang berkemungkinan menyebabkan pendarahan gastrik selain serangan kardiovaskular seperti serangan jantung dan angin ahmar apabila terlalu lama digunakan.
Diklofenak seharusnya digunakan di bawah pemantauan rapi perubatan, terutama sekali dalam kalangan pengguna yang mengalami masalah jantung.
NASIHAT KEPADA PENGGUNA
Para pengguna dinasihatkan supaya berwaspada apabila membeli produk-produk kesihatan:
Elakkan produk yang meragukan: Elakkan produk-produk yang tidak diketahui atau tidak disahkan sumbernya, terutama sekali yang dijual online kerana ia mungkin mengandungi bahan berbahaya.
Cari penjual boleh dipercayai: Beli produk hanya daripada penjual yang boleh dipercayai seperti farmasi atau peruncit yang sudah diyakini kewujudannya di Singapura.
Periksa tuntutan iklan: Berhati-hati terhadap produk yang dikatakan membawa kesan mujarab luar biasa, atau "tiada kesan sampingan".
Laporkan produk mencurigakan: Bantu lindungi orang lain dengan membuat aduan mengenai produk berbahaya atau meragukan kepada HSA.
Percaya nasihat perubatan: Segera jumpa doktor jika anda sudah menggunakan produk "Setia Herba". Jangan berhenti menggunakannya secara tiba-tiba kerana ia mengandungi steroid dan mungkin menyebabkan simptom-simptom seperti kelelahan, kebingungan dan tekanan darah rendah, terutama sekali apabila ia sudah digunakan lebih seminggu.
NASIHAT KEPADA PENJUAL, PEMBEKAL
Semua penjual dan pembekal mesti berhenti menjual "Setia Herba" dengan serta-merta.
"HSA tidak akan teragak-agak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap sesiapa yang menjual dan membekalkan produk yang diketahui mengandungi bahan-bahan sedemikian. Para penjual dan pembekal boleh didakwa dan dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun dan/atau didenda sehingga S$10,000 jika sabit kesalahan.
Orang awam yang ada maklumat mengenai penjualan dan pembekalan produk haram boleh menghubungi Cawangan Penguatkuasaan HSA di talian 6866-3485 semasa waktu pejabat (Isnin hingga Jumaat) atau emel: hsa_is [at] hsa.gov.sg

Sumber : BERITA Mediacorp/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.