Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Awas! Ini bukan mesej dari SPF

Anggaran Waktu Membaca:
Awas! Ini bukan mesej dari SPF

(Gambar: Pasukan Polis Singapura (SPF))

Diterbitkan : 17 Jan 2022 07:11PM Dikemas Kini : 17 Jan 2022 07:12PM

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan membalas kiriman mesej SMS yang mendakwa seolah-olah pesanan tersebut adalah daripada SPF yang mengarahkan mereka untuk melakukan pindahan wang. 

Mesej-mesej tersebut diiringi dengan kepala surat SPF, menurut pihak polis dalam makluman medianya pada Isnin (17 Jan). 

Salah seorang mangsa penipuan tersebut memberikan maklumat peribadi dan butiran perbankannya bagi membuat permohonan pinjaman. 

Mangsa disuruh memindahkan wang untuk membuat bayaran bagi kos pentadbiran atau yuran pemindahan sebelum pinjaman tersebut boleh disalurkan kepadanya, menurut pihak polis. 

"Sementara menunggu untuk pinjaman itu diluluskan, mangsa menerima SMS palsu dengan kepala surat 'SPF'. Mesej itu memberitahu mangsa bahawa dia sedang disiasat atas kesalahan pengubahan wang haram dan diminta menghubungi pegawai penyiasat yang tertera pada SMS tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut," tambah SPF. 

Orang ramai dinasihatkan supaya mengesahkan kesahihan maklumat dengan menghubungi agensi pemerintah yang relevan melalui talian hotline rasmi masing-masing, menurut SPF, sambil menambah bahawa hotline polis adalah 1800-255-0000. 

Orang ramai juga dinasihatkan supaya jangan memindahkan wang ke akaun-akaun bank milik orang lain yang tidak dikenali, menurut pihak polis dalam makluman tersebut. 

Polis turut menegaskan bahawa para pemiutang berlesen tidak dibenarkan untuk menawarkan pinjaman melalui kiriman mesej, panggilan telefon ataupun wadah-wadah media sosial. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan