Awas! Ini bukan emel dari Mahkamah Agung
Mahkamah Agung memberi amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati terhadap kiriman emel yang mendakwa seolah-olah ia dihantar oleh mahkamah tersebut.

Mahkamah Tinggi di Singapura pada 9 Nov 2021. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)
SINGAPURA: Mahkamah Agung memberi amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati terhadap kiriman emel yang mendakwa seolah-olah ia dihantar oleh mahkamah tersebut.
Emel yang cuba memancing maklumat peribadi itu dihantar menggunakan emel info1 [at] judiciary.gov.sg seolah-olah dari Majlis Kehakiman Mahkamah Agung.
Demikian menurut Mahkamah Agung dalam kenyataan medianya pada Rabu (19 Jan).
Kiriman emel itu mengandungi satu dokumen PDF yang dikongsi menerusi khidmat Dropbox Business dan "lazimnya meminta butiran peribadi seperti nama dan nombor kad pengenalan NRIC atau FIN.
"Sesiapa saja yang menerima emel sedemikian tidak seharusnya membuka atau menyerahkan sebarang butiran peribadi atau maklumat perbankan kepada pengirimnya," menurut pihak mahkamah.
Sesiapa yang menerima emel itu juga tidak seharusnya memuat turun sebarang lampiran atau menekan sebarang pautan yang diberikan, menurut Mahkamah Agung.
Ia menambah: "Pihak Mahkamah tidak menggunakan nama domain @judiciary.gov.sg untuk menghantar emel kepada orang awam mahupun meminta sebarang maklumat dihantar menerusi Dropbox Business."
Hanya server yang diluluskan boleh mengeluarkan dokumen rasmi, menurut pihak Mahkamah, dan Notis Pendaftar atau "surat-menyurat daripada Mahkamah" akan dihantar kepada anda jika anda perlu hadir ke mahkamah atau jika anda perlu menyerahkan maklumat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.