Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Awas! Angin kencang, laut bergelora hingga Mac 2023

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pihak berkuasa menggesa penggiat aktiviti sukan air di sini, supaya menyemak ramalan cuaca dan keadaan pasang surut air, sebelum keluar ke laut.

Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) menyatakan, amaran itu dikeluarkan kerana angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku.

Keadaan itu disebabkan Monsun Timur Laut yang dijangka berlarutan hingga Mac depan.

Di pihaknya, MPA akan meningkatkan pemeriksaan mengejut ke atas kapal di laut.

Ia akan memberi tumpuan kepada keadaan kapal, serta keadaan peralatan keselamatan, dan sama ada pengendali kapal biasa dengan prosedur kecemasan.

MPA menambah bahawa setiap orang harus memainkan peranan mereka bagi memastikan kedua-dua operasi dan kegiatan rekreasi di laut kekal selamat.

Sebuah sekolah luncur air Wakemusters berkata, sampan dan kayak kadangkala tersasar ke zon yang ditetapkan bagi sekolah itu.

Wakemusters menambah bahawa pemeriksaan tambahan akan memastikan semua orang berada dalam jarak yang selamat.

Sumber : CNA/SU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan