Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Awas! Anak kecil anda boleh terjatuh akibat perabot IKEA ini

Syarikat perabot IKEA pada Selasa (30 Apr) menarik balik almari berlaci SUNDVIK setelah ia menerima aduan mengenai kanak-kanak yang terjatuh akibat perabot itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Awas! Anak kecil anda boleh terjatuh akibat perabot IKEA ini

Almari berlaci SUNDVIK. (Gambar: IKEA Singapore/Facebook)

Diterbitkan : 30 Apr 2019 10:30PM Dikemas Kini : 30 Apr 2019 10:33PM

SINGAPURA: Syarikat perabot IKEA pada Selasa (30 Apr) menarik balik almari berlaci SUNDVIK setelah ia menerima aduan mengenai kanak-kanak yang terjatuh akibat perabot itu.

Dalam catatan Facebooknya, IKEA Singapore menyatakan bahawa pihaknya sudah menerima tiga aduan berhubung insiden di mana "bahagian yang boleh dilipat" menjadi longgar, sekali gus menyebabkan kanak-kanak terjatuh daripada perabot tersebut.

Syarikat tersebut menggesa para pelanggan yang mempunyai perabot itu supaya memasang mangga pada bahagian yang boleh dilipat dan menghubungi IKEA untuk mendapatkan yang baru secara percuma, sekiranya mangga yang disediakan itu sudah hilang.

Sebagai langkah berjaga-jaga, perabot itu ditarik balik bagi kerja-kerja pembaikan.

TIDAK DIGUNA IKUT ARAHAN

Bagi insiden-insiden di mana kanak-kanak terjatuh daripada perabot berkenaan, mangga keselamatan yang disediakan tidak digunakan seperti yang diarahkan, menurut IKEA.

Produk itu selamat apabila digunakan mengikut arahan yang diberikan, menurut IKEA lagi.

Menurut syarikat itu, kanak-kanak yang terjatuh kini berada dalam keadaan baik. Tiada insiden sedemikian dilaporkan di Singapura.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan