AWARE suara keprihatinan terhadap bakal calon presiden Tan Kin Lian & "sejarah rendahkan martabat wanita"
Anggaran Waktu Membaca:
Tangkapan skrin video TikTok yang menunjukkan beberapa hantaran Facebook Encik Tan Kin Lian.
SINGAPURA: Persatuan Wanita bagi Tindakan dan Kajian (AWARE) menyuarakan keprihatinan terhadap penyertaan Encik Tan Kin Lian dalam Pilihan Raya Presiden akan datang, disebabkan "sejarah beliau merendahkan martabat wanita".
Kumpulan hak wanita itu mengeluarkan kenyataan pada Isnin (21 Ogos), menyatakan bahawa proses penilaian bakal calon presiden tidak harus hanya mengambil kira kelayakan dari segi kewangan dan pengurusan sahaja, tetapi juga "kesan-kesan sosial yang lebih meluas".
Kenyataan AWARE itu diterbitkan di akaun Facebook menyusuli respons Encik Tan mengenai satu video TikTok yang viral, yang menunjukkan catatan-catatan yang pernah dibuat mantan ketua eksekutif NTUC Income itu mengenai perempuan "cantik".
Encik Tan berkata hanya "segelintir" orang yang tidak selesa dengan catatan media sosial beliau mengenai perempuan "cantik", manakala kebanyakan orang melihatnya sebagai satu "hiburan".
Tinjauan oleh Mediacorp mengesahkan kesahihan catatan-catatan dalam video berkenaan. Video itu menerima lebih 250,000 tontonan dan lebih 8,000 tanda suka.
Seorang pengguna TikTok malah, meninggalkan komen: "Beliau lakukan ini setiap masa. (Saya tidak tahu) mengapa (Jabatan Pilihan Raya) boleh meluluskannya."
Encik Tan, mantan ketua eksekutif NTUC Income, adalah salah seorang daripada tiga calon yang menerima Sijil Kelayakan pada Jumaat lalu bagi Pilihan Raya Presiden. Beliau dijangka menghantar kertas pencalonannya pada Selasa.
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Jumaat (18 Ogos), Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC) menyatakan ia berpuas hari bahawa Encik Tan "seorang individu berintegriti, memiliki perwatakan dan reputasi baik".
Mantan menteri kanan Tharman Shanmugaratnam dan mantan ketua pegawai pelaburan GIC Ng Kok Song turut layak bertanding bagi pilihan raya tersebut.
"PERBUATAN MERENDAHKAN MARTABAT WANITA"
Menurut AWARE ia turut berkongsi keprihatinan orang ramai mengenai Encik Tan yang diberi sijil kelayakan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden.
"Perbuatan konsisten memuat naik catatan tentang 'perempuan cantik', merakam video wanita di tempat awam tanpa kebenaran mereka atau membuat komen mengenai rupa mereka bukan setakat soal kecenderungan atau 'hiburan' ringan," tegas AWARE.
"Ia perbuatan merendah-rendahkan martabat wanita, kepada sekadar rupa paras mereka sebagai hiburan peribadi.
"Perbuatan sedemikian daripada sesiapa pun yang berada dalam kedudukan berpengaruh atau berhasrat berada dalam kedudukan itu menunjukkan seolah-olah tindakan memperlekehkan wanita adalah sesuatu yang boleh diterima dan tidak mengendahkan pelbagai keupayaan dan sumbangan mereka."
AWARE juga menyentuh tentang keputusan untuk meluluskan sijil kelayakan Encik Tan, dengan menyifatkannya sebagai "sokongan sistemik".
"Ini menunjukkan bahawa pandangan-pandangan dan kelakuan sedemikian bukan sahaja boleh diterima tetapi mungkin dibolehkan bagi seorang bakal presiden," menurut kenyataan itu.
Seorang presiden perlu menjunjung nilai-nilai, etika dan prinsip yang mencerminkan sebuah negara yang diinginkan Singapura, menurut AWARE.
"Kami menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya Presiden membuat pertimbangan teliti ke atas kesan-kesan meluas sokongan sedemikian pada masa akan datang," tambahnya.
Penilaian proses bagi para calon presiden juga harus menimbangkan "kesan meluas ke atas masyarakat demi memastikan tampuk kepimpinan kita benar-benar menjunjung nilai-nilai saling menghormati, kesaksamaan dan maruah bagi semua rakyat Singapura".
Video TikTok tersebut dimuat naik pada Ahad (20 Ogos) oleh akaun spillthetea.sg.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.