Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AWARE salah faham tujuan poster pencegahan jenayah: Polis

 Polis sudah mengeluarkan satu kenyataan sebagai respons kepada komen-komen yang dibuat oleh Persatuan Wanita bagi Tindakan dan Kajian (AWARE) mengenai poster pencegahan jenayahnya. Menurut kenyataan itu, kumpulan hak wanita berkenaan salah faham tentang tujuan kempen tersebut. 

Anggaran Waktu Membaca:
AWARE salah faham tujuan poster pencegahan jenayah: Polis

(Gambar: Aware Singapore/Facebook)

Diterbitkan : 17 Nov 2019 05:12PM Dikemas Kini : 17 Nov 2019 05:16PM

SINGAPURA: Polis sudah mengeluarkan satu kenyataan sebagai respons kepada komen-komen yang dibuat oleh Persatuan Wanita bagi Tindakan dan Kajian (AWARE) mengenai poster pencegahan jenayahnya. Menurut kenyataan itu, kumpulan hak wanita berkenaan salah faham tentang tujuan kempen tersebut.

Pada Khamis lalu, AWARE memuat naik gambar dua poster ke laman Facebooknya.

Menurut kumpulan itu, gambar kedua-dua poster tersebut dipetik di dalam sebuah kereta api, dengan memberi amaran kepada para pesalah mengenai hukuman bagi kesalahan mencabul kehormatan.

Polis menyatakan, gambar-gambar itu menyasarkan para pesalah dan secara khususnya, menekankan hukuman yang boleh dijatuhi ke atas pesalah kerana melakukan tindakan jenayah.

Menurut polis, ia bagi memberikan mesej tegas bagi mencegah perbuatan itu.

Polis turut menyatakan bahawa ia akur bahawa para mangsa kes pencabulan kehormatan mengalami trauma dan kesan-kesan lain.

Poster itu adalah hasil kerjasama antara Politeknik Singapura dengan Pasukan Polis Singapura, bagi memperbaharui visual kempen pencegahan jenayah. 

Sumber : CNA/AI/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan