Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AWARE, pelukis Yip Yew Chong kongsi pendirian di tengah perbahasan berhubung lukisan mural wanita samsui di Chinatown

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Persatuan Wanita bagi Tindakan dan Kajian (AWARE) serta pelukis mural tersohor Yip Yew Chong tampil menyuarakan pendirian masing-masing di tengah-tengah perbahasan berhubung sebuah lukisan mural yang memaparkan seorang wanita samsui yang merokok.

Isu itu mencuri perhatian ramai selepas pelukis mural itu, Sean Dunston memuat naik satu hantaran di Instagram, yang mendedahkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) telah memintanya untuk memadamkan lukisan rokok daripada karya seni tersebut. Beliau menambah bahawa agensi itu menyatakan pihak URA telah menerima maklum balas daripada orang ramai, yang mendakwa lukisan mural itu "menyinggung perasaan" dan "tidak menghormati" wanita samsui.
Menurut maklus tersebut, "wanita terbabit yang dipaparkan dalam lukisan mural ini "kelihatan lebih seperti pelacur daripada seorang wanita samsui yang bekerja keras".

Selepas catatan Dunston itu menjadi tular, URA mengumumkan pada 22 Jun lalu bahawa pihaknya akan "menilai semula pendirian" menyusuli maklum balas awam yang diterima.

Dalam satu catatan Instagram pada 23 Jun, artis Yip Yew Chong berkata beliau percaya karya Dunston tidak menyinggung perasaan sesiapa pun mahupun mengalakkan tabiat merokok.

Dalam catatannya itu, Yip berkata: "Hakikatnya, wanita samsui memang banyak merokok dan mempunyai banyak personaliti, sebagai manusia. Tidak mustahil untuk memaparkan seorang wanita samsui muda yang baru saja berhijrah ke sini yang merokok dan duduk sedemikian rupa. Kita tidak boleh terlalu stereotaip dan mengharapkan pekerjaan tertentu mesti mempunyai rupa tertentu sahaja dan bukan yang lain."

"Tujuan seni lebih luas daripada sekadar untuk merakamkan sejarah sebenar atau mencantikkan tempat. Ia terutama sekali bertujuan untuk mencetuskan emosi, pemikiran dan perbualan."

Dalam satu catatan media sosial pada 24 Jun, AWARE menyatakan ia mengalu-alukan wacana berkisar saga tersebut dan menghargai usaha URA mempertimbangkan maklum balas orang ramai.

Berhubung lukisan itu, persatuan tersebut menarik perhatian bahawa gambaran wanita samsui berkenaan menyimpang "jauh dari realiti sejarah pekerja buruh yang berdaya tahan ini"

"Dalam lukisan mural itu, dia dipaparkan memegang rokok dengan cara glamor yang tidak mencerminkan realiti yang dihadapi oleh wanita samsui. Pilihan artistik ini secara tidak sengaja boleh mengundang pandangan seolah meletakkan wanita sebagai 'alat', yang boleh mengurangkan penghargaan sebenar terhadap sumbangan mereka.

AWARE juga membangkitkan kebimbangannya bahawa "URA telah mewajarkan keputusan dengan memetik maklum balas orang ramai bahawa wanita itu kelihatan seperti pelacur".

"Kenyataan ini menyokong stereotaip yang merosakkan, patriarki tentang bagaimana wanita harus berkelakuan dan melihat, dan tidak menghormati pekerja seks."

Bercakap kepada Mediacorp sebelum ini, Dunston meluahkan rasa syukurnya bahawa URA sedang mempertimbangkan keputusannya, dan beliau berharap pihak berkuasa itu akan membenarkan mural tersebut kekal sebagaimana karya asalnya.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan