AWARE kemukakan hampir 90 saranan berhubung isu wanita
Kumpulan sokongan wanita AWARE mengeluarkan laporan setebal 250 muka surat, mengandungi hampir 90 saranan berhubung isu-isu wanita.
SINGAPURA: Kumpulan sokongan wanita AWARE mengeluarkan laporan setebal 250 muka surat, mengandungi hampir 90 saranan berhubung isu-isu wanita.
Ini termasuk diskriminasi di tempat kerja dan perlindungan lebih baik bagi mangsa penderaan.
Laporan itu turut meliputi topik-topik serupa yang disenaraikan dalam kertas kerja yang dibentangkan oleh sayap wanita PAP.
Antaranya termasuk undang-undang anti diskriminasi, kemas kini tentang kurikulum pendidikan seksual serta dasar-dasar cuti bersalin dan cuti bapa yang sama rata.
Selain itu, AWARE juga mahu waktu kerja yang lebih diselaraskan demi melindungi para pembantu rumah hijrahan dengan lebih baik.
Pada masa yang sama, ia menyarankan lebih banyak sokongan kepada mangsa-mangsa jenayah seksual.
Ini termasuk menubuhkan sebuah mahkamah khas yang baru bagi menangani kes-kes sedemikian, serta dana khusus bagi khidmat sokongan kepada para mangsa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.