Awal Zulhijjah esok, umat Islam SG sambut Aidiladha pada 17 Jun
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/MUIS)
SINGAPURA: Umat Islam di Singapura akan menyambut Hari Raya Haji pada Isnin, 17 Jun.
Demikian isytihar Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir.
"Mengikut kiraan hisab, berdasarkan kriteria imkanur rukyah, anak bulan Zulhijjah berada di atas ufuk Singapura selama 49 minit setelah matahari terbenam petang tadi," kata Dr Nazirudin.
"Ini bererti, awal bulan Zulhijjah bagi tahun 1445 Hijriyyah jatuh pada esok, Sabtu bersamaan 8 Jun 2024.
"Sukacita saya mengisytiharkan bahawa Aidiladha, iaitu Hari Raya Haji, jatuh pada hari Isnin bersamaan 17 Jun 2024. Marilah kita menyambut kedatangan bulan Zulhijjah dengan amal kebajikan, serta mendoakan para jemaah Haji agar dikurniakan keselamatan dan ibadat yang mabrur.
"Hayatilah erti pengorbanan di sebalik Aidiladha, dan sambutlah ia dengan penuh keihsananan," ujarnya.

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.