AVS siasat video wanita warga emas rotan anjing di pusat penjaja
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AventMetier/TikTok
SINGAPURA: Sebuah rakaman video yang menunjukkan seorang wanita warga emas dipercayai merotan seekor anjing di Pasar dan Pusat Makanan Pek Kio, sedang disiasat Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS).
Dalam menjawab pertanyaan Mediacorp pada Jumaat (10 Nov), pengarah kumpulan AVS Jessica Kwok berkata pihak berkuasa sudah dimaklumkan mengenai video tersebut yang dimuat naik di TikTok dan pihaknya sedang menyiasat insiden tersebut.
Tular sebuah video selama 86 saat yang dimuat naik oleh pengguna “AventMetier” pada Khamis, yang menunjukkan seorang wanita warga emas, dengan sebatang rotan di tangannya, kelihatan memukul meja berulang kali sambil mengherdik anjing yang berwarna coklat.
Tidak jelas daripada rakaman tersebut jika dia telah memukul anjing tersebut menggunakan rotan itu.
Pengguna TikTok tersebut menyeru bantuan dari kumpulan masyarakat menerusi video berkenaan. Dia menjelaskan bahawa dia sedang makan di pusat makanan tersebut ketika insiden itu berlaku.
Mediacorp sudahpun menghubungi pengguna tersebut, yang memuat naik rakaman video itu.
Dalam hantaran Instagram pada Jumaat, Persatuan Mencegah Penganiayaan Haiwan (SPCA) menyentuh mengenai insiden tersebut dan menyatakan bahawa wanita itu bahkan telah dikenal pasti sebelum ini berkaitan kebimbangan berhubung kebajikan haiwan yang serupa.
SPCA berkata: "Pada 4 Mei 2023, kakitangan dari SPCA dan sukarelawan dari pejabat kawasan undi Moulmein-Cairnhill mengunjungi kediamannya.
"Semasa lawatan tersebut, kami menyediakan bimbingan dan kaunseling kepadanya demi memastikan kebajikan serta jagaan yang wajar bagi haiwan peliharaannya.
Amaran tegas turut diberikan kepada wanita itu, yang menyatakan bahawa tindakan lanjut akan diambil sekiranya dia tidak mematuhi nasihat SPCA.
"Malangnya, sepertinya dia tidak mematuhi garis panduan yang disarankan."
SPCA menyatakan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan lanjut terhadap wanita tersebut dan pada masa yang sama, telah merujuk perkara tersebut kepada pihak berkuasa.
Dalam kenyataan AVS, Cik Kwok menarik perhatian bahawa agensi tersebut mengambil kira semua maklum balas daripada orang awam dengan serius berhubung kekejaman terhadap haiwan, sambil menegaskan bahawa langkah melindungi kebajikan haiwan merupakan tanggungjawab sosial bersama.
Menurutnya, orang awam boleh memainkan peranan dengan segera melaporkan sebarang kes kekejaman yang disyaki terhadap haiwan atau kecederaan kepada AVS menerusi lamannya atau talian Pusat Respons Haiwan, 1800 476 1600.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.