AVS siasat rakaman bola sepak meja gunakan katak hidup
Orang ramai boleh memaklumkan AVS, kelompok di bawah Lembaga Taman Negara (NParks), bagi sebarang kes disyaki kegiatan penganiayaan haiwan melalui borang maklum balas online atau hubungi 1800-476-1600.
Rakaman video yang viral pada hujung minggu lalu. (Gambar: Instagram/thetwainhavemet)
SINGAPURA: Khidmat Haiwan dan Veterinar (AVS) sedang menyiasat sekumpulan orang yang dirakam bermain bola sepak meja dengan menggunakan katak hidup.
AVS pada Isnin (28 Dis) menyatakan pihaknya prihatin tentang insiden itu dan sedang menyiasat kes berkenaan.
"AVS memandang serius semua maklum balas orang awam terhadap kegiatan penganiayaan haiwan dan akan menyiasat kes yang dilaporkan. Seperti siasatan lainnya, semua bentuk bukti penting dalam proses siasatan dan bukti gambar dan/atau video grafik yang diberikan orang awam amat membantu kami," tambah AVS.
Rakaman video insiden itu dikongsi secara meluas dalam media sosial.
Salah satu rakaman itu menunjukkan beberapa orang bermain bola sepak meja dengan menggunakan seekor katak hidup sebagai sasaran tendangan bola.
Satu lagi video menunjukkan sekurang-kurangnya15 katak hidup dalam sebuah kotak kadbod.
Video itu disertakan dengan kapsyen seperti " katak terakhir saya", "Selamat Hari Krismas" dan "terima kasih atas 100 katak ini".
Orang ramai boleh memaklumkan AVS, kelompok di bawah Lembaga Taman Negara (NParks), bagi sebarang kes disyaki kegiatan penganiayaan haiwan melalui borang maklum balas online atau hubungi 1800-476-1600.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.