Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AVS siasat kes anak kucing diletak dalam peti sejuk, mesin cuci baju

Beberapa rakaman video yang kelihatan memaparkan perbuatan seorang lelaki meletakkan seekor anak kucing ke dalam pelbagai peralatan rumah seperti peti sejuk dan mesin cuci baju tersebar di media sosial, sehingga menyebabkan pihak berkuasa melancarkan siasatan terhadap kes itu.

Anggaran Waktu Membaca:
AVS siasat kes anak kucing diletak dalam peti sejuk, mesin cuci baju

(Gambar: Facebook/Cat Lovers Singapore)

Diterbitkan : 17 Sep 2020 08:10AM Dikemas Kini : 17 Sep 2020 08:14AM

SINGAPURA: Beberapa rakaman video yang kelihatan memaparkan perbuatan seorang lelaki meletakkan seekor anak kucing ke dalam pelbagai peralatan rumah seperti peti sejuk dan mesin cuci baju tersebar di media sosial, sehingga menyebabkan pihak berkuasa melancarkan siasatan terhadap kes itu.

Dalam jawapan kepada pertanyaan Mediacorp pada Rabu (16 Sep), Cik Jessica Kwok, pengurus kumpulan Khidmat Haiwan dan Veterinar (AVS) di Lembaga Taman Negara, berkata bahawa agensi itu telah "dimaklumkan dan prihatin tentang kejadian itu".

Dalam beberapa video yang dikongsi ke akaun kumpulan Facebook Cat Lovers Singapore dan dikirim semula di beberapa akaun peribadi, seorang lelaki kelihatan meletakkan seekor anak kucing ke dalam mesin cuci baju serta sebuah peti sejuk.

Lelaki itu boleh didengar tertawa di latar video sedang dia membuka pintu kaca mesin cuci baju berkenaan selepas anak kucing itu menggapai pada permukaan pintu itu dengan telapak kakinya. Dalam satu lagi video, seorang individu kelihatan merentap kepala anak kucing itu secara kasar ketika ia sedang makan.

AVS menyatakan ia memandang serius semua maklum balas dari orang awam mengenai kekejaman terhadap haiwan, dan akan meneliti semua kes-kes yang dilaporkan.

"Seperti semua siasatan, segala bentuk bukti adalah penting bagi proses itu dan bahan bukti gambar atau video atau kedua-duanya yang diberikan oleh orang awam akan membantu," kata Cik Kwok.

Orang awam yang ingin melaporkan sebarang kes disyaki boleh berbuat demiikian di laman web AVS atau hubungi talian 1800-476-1600.

"Maklumat yang dikongsi bersama AVS akan dirahsiakan," kata Cik Kwok.

Secara berasingan, pengarah eksekutif SPCA Singapore Dr Jaipal Singh Gill berkata kes melibatkan anak kucing itu sedang disiasat.

"Kami maklum bahawa laporan polis juga dibuat. Kami berterima kasih kepada orang ramai kerana tampil dan menjadi suara bagi haiwan-haiwan tersebut," katanya. 

Sumber : Today/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa