Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AVS minta pandangan orang ramai berhubung rangka kerja kebajikan, pemeliharaan kucing di flat HDB

Anggaran Waktu Membaca:
AVS minta pandangan orang ramai berhubung rangka kerja kebajikan, pemeliharaan kucing di flat HDB

(Gambar: Unsplash)

Diterbitkan : 03 Sep 2022 09:52PM Dikemas Kini : 03 Sep 2022 11:33PM

SINGAPURA: Para penghuni flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mungkin dibenarkan untuk memelihara kucing, sekiranya satu rangka kerja pengurusannya dapat dilaksanakan.

Namun sebelum itu, Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) ingin mendapatkan pandangan orang ramai mengenai rangka kerjanya yang diusulkan untuk menambah baik pengurusan serta kebajikan kucing, menerusi program 'Forward Singapore' atau Melakar Hala Tuju Singapura selama enam bulan bermula bulan ini hingga Mac 2023.

Ini termasuk tinjauan online selama dua bulan untuk orang awam, yang kini dijalankan di laman AVS sehingga 2 November. 

Menurut pihak HDB, kucing agak sukar untuk dikurung di dalam flat. Namun, itu boleh berubah jika satu rangka kerja bagi pengurusan kucing diluluskan.

Antara saranan yang dikemukakan adalah setiap kucing perlu ada cip mikro dan para pemilik perlu mendapatkan lesen untuk setiap haiwan peliharaan mereka.

Ini akan membantu usaha pengesanan.

Proses untuk mendapatkan maklum balas akan melibatkan kumpulan kebajikan, doktor haiwan dan mereka yang tiada kucing sebagai haiwan peliharaan.

"Selain itu, ada juga platform lain seperti perbincangan kumpulan fokus dan dialog yang boleh disertai oleh masyarakat untuk memberi pandangan yang akan dijalankan enam bulan akan datang," kata Pengarah Lembaga Taman Negara (NParks) Khaltom Abdul Latiff.

AVS menyasarkan untuk mengongsikan dapatan daripada rundingan awam itu serta saranan-saranan yang disemak pada tahun hadapan.

Sumber : CNA/IQ/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan